20141011

Liebster Award #5 - Arjuna D'Laila

Assalamualaikum and Peace be Upon You

Hari ni akan maraton! Maraton menaip. Akan cuba langsaikan semua hutang entri pada hari ni. Sebab nak mula menulis manuskrip softcopy secepat mungkin~ 

Ditag oleh Arjuna D'Laila. Er.. Mungkinlah itu namanya. Jika salah, maaf ya tuan blog! Sudahlah dia beri ni sudah lama; awal bulan September dulu. Huhu~ Banyak soalan yang mencabar minda jugalah. Jadi, maaf sangat-sangat tidak berapa memuaskan. ;)

p/s: Disebabkan saya dah pernah buat sebelum ni, jadi hanya akan menjawab soalan sahaja. Syarat lain-lain terpaksa ditinggalkan. :(



The Liebster Award is nominated to blogger whose followers are lower than 500. Well, look like I fit in this category very well. Then blogger who being nominated this award has to follow the rules given. Those are:
  • Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  • answer the 11 questions asked.
  • nominate 11 other bloggers with smaller followers but with lots of potential.
  • create 11 of your own questions for them to answer.
  • notify your nominee.

1) maksud matang dari sudut pandangan anda.
Apabila keputusannya tidak mengikut perasaan dan berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu.

2) pada usia berapakah anda rasakan itulah merupakan keputusan terpenting/ terbesar pernah anda lakukan dalam hidup anda? adakah anda rasa ianya melibatkan soal kematangan dalam hidup/ diri anda?
Err.. I'm still a kid. :3 Belum ke tahap 'melakukan keputusan yang mempengaruhi hidup' lagi.

3) pada usia berapakah anda pernah melakukan perbuatan yang anda rasakan tidak sepatutnya anda lakukan dan berhasrat tidak akan mengulanginya lagi?
Ketika kecil; ketika belum pandai menghargai sesuatu. Saya akan lebih menghargai keluarga sendiri selepas ini. :')

4) sesuatu peristiwa yang anda kesali dalam hidup anda, adakah anda sering mempersoalkan mengapa ianya terjadi dalam hidup anda? apakah perasaan anda ketika itu?

Belum terjadi lagi.. Masa depan saya masih panjang~

5) memaafkan kesalahan orang yang pernah mengkhianati anda. adakah ianya merupakan salah satu cabaran terbesar bagi diri anda?
Mungkin. Maksud saya, saya senang memaafkan orang. Tapi itu sekadar menanam tebu di bibir sahaja. Padahal, jauh di sudut hati yang paling dalam, masih tersemat sekelumit dendam kepada orang tersebut.

6) adakah anda pernah mempertikaikan keputusan yang dilakukan ibu bapa anda meskipun ianya nampak pahit dan sukar di mata anda?
Sudah tentu. Semua orang pernah melakukannya kan? Semua orang melalui fasa remaja dan fasa rebel. Tak gitu?

7) penghargaan/ pemberian bermakna pernah anda berikan kepada ibu bapa anda.
Belum lagi. Namun InshaALLAH, tak berapa lama lagi. Ketika saya menjadi seorang novelis tersohor! :) (Amin.)

8) apakah pengorbanan terbesar pernah anda lakukan untuk kawan baik anda. adakah ianya sesuatu yang berbaloi?
Entahlah. Sama seperti jawapan yang lalu; masih muda dan belum melakukannya lagi.

9) penghijrahan terpenting dalam hidup anda. adakah ianya sesuatu yang memberikan kepuasan kepada hidup anda atau sebaliknya?
Penghijrahan.. Keluar dari zon selesa? Lihat jawapan nombor 8. :3

10) pernahkah anda mensia-siakan usaha/ pengorbanan ikhlas dari orang yang anda sayang kerana anda merasakan usaha/ pengorbanan yang dilakukannya itu adalah sesuatu yang tidak perlu? terangkan perasaan anda ketika itu.
Belum pernah. Namun jika ya, pastinya saya berasa kesal. Usaha orang yang sebaik itu tak wajar disia-siakan.

11) adakah anda merasakan semua orang selayaknya diberi peluang kedua dalam apa jua situasi permasalahan/ perhubungan?
Tentu. Tak adil untuk menilai orang berdasarkan masa lampau. Mana tahu, ketika itu dia masih belum matang; tak dapat berfikiran waras atau ada permasalahan sendiri..? :)

-Tamat-

3 comments

  1. terima kasih sudi jawab.
    takpe, lambat pun..hehe
    keep in touch ya ~ :P

    ReplyDelete