20141222

Vector Potrait Untuk Top Commenters November - Wani Si Ulat Buku & Anis Nadhilah

Assalamualaikum and Peace be Upon You ✌

Yeeee. Aku tahu, sekarang dah nak tamat Disember baru update November punya. Tak usah mengingatkan aku. -_-

Sungguh, teramat sibuk bebaru ni. Banyak events, dan sedang berkemas-kemas, takut-takut banjir. Ehem ehem. Masih ada yang tak tahu aku tinggal di Pahang, Pantai Timur? =p

Hujan asyik turun tak berhenti. Tapi tak menentu. Ha cemana tu? Dia macam ikut musim pulak. Lepas berapa hari hujan lebat, then berhenti sehari (Walaupun sehari, tetap sempat untuk air surut balik.) So,.. Entahlah.

Harapnya tak la kan. Tahun lepas punya banjir pun tak siap kemas lagi. (Baru nak dekat 90%) Haa nampak tak betapa banyaknya barang di situ? =3=

Wahaha terlencong jauh daripada tajuk. Baik, ini artwork ku baru-baru ni.

Oppss! Sebelum tu, sila beri tepukan pada Top Commenter November. Ahaha. Jangan majuk (harap faham), dah tengah Disember baru beri penghargaan. ;p


Wani,
Sis Anis,
Kak Nana,
Kak Siti,..
..dan cik Mimie.

Mungkin ada yang pelik, bulan Oktober dulu beri hadiah untuk kak Nana sorang je. Kenapa bulan November bertambah satu pula? Okey. Sebab beza satu komen. See? Aku yang terlalu baik hati. B)

(Sebenarnya sebab ku memahami perasaan geram pabila tak dapat hadiah tapi beza satu je. Cis! Macamlah sis Anis nak sangat aku buatkan vector~)


...okey sambung balik!


Sungguh! Aku mengaku, ini artwork 'terpaling-tak-jadi' aku. Sorry sesangat Wani. TT_TT Warna kulit dah lah kuningg. (Aku over blur-ed sebenarnya. Ah menyesalnya aku!!) 


Sebenarnyaa.. Gambar tu goyang. Aku tak tahu garisan mana satu yang betul, susah nak lukis. Nanti Wani beri gambar yang jelas ya? Kalau saya rajin saya tolong buat semula. ;) 

(Tapi lambat lah.. Sebab dah turun tangga priority. Aku tawarkan pun dah kira baik ni. Tak pueh hati punya fasal. ;p)

p/s: Terharu sebab Wani sudi buat gambar ni jadi profile picture Google Account dia walaupun tak jadi sungguh. T^T



Ahaha. Yang ni pula yang aku paling puas hati dan paling jadi. Vector sis Anis. Sungguh tak adil bukan? Eh dengar dulu aku cerita. Pi ambik popcorn, pastu baru sambung baca.


Walaupun nampak tak ada jarak masa antara kedua ni, maksudnya tetap dalam bulan November juga,.. tapi banyak sangat berubah. Paling tak jadi & paling jadi.

Tapi kau tak tahu. Sebenarnya, tersangat besar jarak masa antara kedua-dua vector ni! Nak dekat sebulan jugalah, tak caya tanya orang ni. ;p

Actuallyy, setelah menekan enter untuk beri vector Wani hari tu, aku teramatlah rasa bersalah sehingga tunggu beberapa hari sebelum mula buat sis Anis punya.

Di entri ini ada menyebut bahawasanya si aku (?) ni berebut laptop dengan my big sis tu. Betul, itu tak tipu. Tapi hanya sebagai alasan. Oh, kakakku dikambing hitamkan! =3 *happy* #cruel

Sepanjang tempoh 'aku-tak-mula-buat-lagi' tu, aku pergi munasabah (?) diri, tengok banyak lagi contoh vector dari sifu vector: sis Azhafizah, menambahkan ilmu di otak. Dan menambahkan layer shading.

Jika vector Wani itu banyak ini layer warnanya;



Vector sis Anis pula sebanyak ini.




Ada 2 perbezaan di situ, Pertamanya, tentulah kau boleh nampak, sis Anis punya lebih banyak layer. Dan keduanya, aku tak percaya dan tak buat dah layer mode. Baik pilih sendiri warna.




Untuk yang blur tak tahu apa aku kata, layar mode ni macam.. Okey tengok sini ye.

Multiply - Gandakan warna. Macam.. Warna biru X2, jadi biru gelap. Ada pa'am? XD
Luminosity - Yang ni nipis cerahkan warna. Contoh, biru gelap,.. Jadi biru cerah. Kot? =p

Okey tu je aku tahu. Banyakk lagi layer mode yang lain, tapi dua ni jela yang aku pernah guna. Tak reti explore. =3

Ohoho tak pasal-pasal dah dapat class free kat sini. -..-



K bye? Ada yang aku lupa tulis ke...


p/s: My mom kata bila dia dapat bonus bulan 1 nanti baru InshaALLAH, beli tablet untuk aku. Huwaa lamanya~! T^T (Okey, tak sebenarnya. Bulan depan je kot. Mengada lebih.)

p/s(2): Setelah sekian lama, akhirnya dah tak scheduled post. ;p Sekarang pukul 11:17 pagi, agak sesuai jugalah untuk update blog~

p/s(3): Rasa macam nak buang Cbox tu.. Tak larat dah balas jejak. T_T

Read More