20140831

Status Terkini

Assalamualaikum and Peace be Upon You



Lama tak on nampak? Memanglah dalam entri lepas kata mahu off untuk beberapa hari, tapi sudah terlebih dah ni. T_T Semua sebab Lenovo rosak!! TT_TT *meraung (Harap tak hilang ingatanlah ya. Semua kerja ada dalam tu. Satu-satunya salinan gambar-gambar raya pun.)

Pertamanya, ini baru on, pinjam laptop orang lain. Baru hantar laptop Selasa lepas, mungkin lama sikit baru siap. So, memang lama sikitlah mahu tunaikan janji buat page linkies tu. >< Tiada Paint Tool Sai okey di sini~

Kedua, setelah dapat laptop, terus buka Blogger (bukan terus sebenarnya. Ada yang lebih penting~ ) Rindu! Kemudian, ternampak ni. Terharu sangat! Terima kasih <3

2078 pageviews. 42 followers. 22 comments.
Bila jumlahnya naik mendadak ni? ><

Ketiga
, UPSR is around the corner. Jadi, mungkin tak lama lagi hiatus mode on. Jangan cari saya dalam jangka masa tu. Keberangkalian membalas balik amat tipis.

Keempat, Hari ini 31 Ogos. Tanggal 31~ Bulan 8, '57~ Selamat Hari Merdeka ke-57, Malaysia! ^^

Google Malaysia yang prihatin. Thank you~ <3

Kelima, okey.. dah tiada dah rasanya. Mahu jejak kalian balik, babai!~ ^^
Read More

20140822

Undi: Mana Satu Banner Saya?

Assalamualaikum and Peace be Upon You


Baru-baru ni saya sibuk mengkaji tentang banner. Teringin ada satu, baru boleh exchage nanti. Tapi tak ada ilham. Saya ni, kalau tak ada ilham semua tak jalan. T^T Bak kata Albert Einstein,
Imaginasi lebih penting daripada ilmu
Sekarang baru saya faham. Reti nak buat, tapi tak tahu design apa. Takat ada ilmu tapi tak aplikasikan buat apa kan? Imaginasi dan ilmu saling menyokong satu sama lain. Kalau dah design elok-elok tapi tak tahu buat pun satu kes.

Eh apa saya membebel tiba-tiba ni? Ok, ok. Sebenarnya entri ni tak ada tajuk pun. Saja nak tenggelamkan entri sebelum ni yang boleh tahan 'mengada' dan childish jugaklah, huhu. -^- <--faham tak? Ini muka terbalik!


Sudah! Stop! Banyak dah menyimpang dari tajuk ni. Patutnya tajuk dia 'Random Post'. Eh stop aku kata! (Ha, kan dah aku sekali. Tangan degil! >:( ) Berhenti merepek. Macam ni cerita yang tersirat di sebalik tajuk yang tersurat tu; Waktu tengah bosan, buka Photoscape~ Tangan sibuk menconteng (Baca: Istilah conteng dalam blog ini bermaksud tangan yang bergerak sendiri. Sekian.) sana sini.

Akhirnya, jadilah hasil-hasil di bawah. But I can't really choose.

Baik, kakak-kakak abang-abang semua, sila undi mana satu paling cantik di mata anda dan sesuai dijadikan banner? Undian anda amat dihargai~ <3 Cuma tulis nombor dalam komen okeyh!

Tarikh tamat bila saya dah ada page exchage sendiri atau entri ni dah tertimbus. Kira panjanglah jugak jangka masanya tu. :p

Satu?

Dua?



Atau.. Mungkin.. Tiga? *non-animated
Kelebihan yang ketiga ini ialah ia png. Lagipun, tak memeningkan macam yang diatas-atas, ye dok? Tapi, kelemahan dia ialah nampak serabut semacam saja, don't you think?

Okey, undi jangan tak undi! :D

Perhatian: Setiap Blogger yang komen akan dimasukkan ke dalam page exchange link itu nanti. Dan saya akan off untuk beberapa hari~ *Peace*
Read More

20140821

Update: Banner? Akhirnya?

Assalamualaikum and Peace be Upon You

Entri berlabel 'Update' yang kedua. :D Baca: Yang pertama

Sebenarnya ni just for fun. Dah bosan tak tahu nak buat apa, main conteng di Photoscape (Nota: Istilah conteng di blog ini bermaksud tangan yang bergerak sendiri. Sekian). Dan.. Inilah hasilnya~

It's not that I don't know, but I'm just that simple, okay? Case closed.

Terserlah kepoyoan di situ apabila description sudah tertulis 'nothing'. Macam pasrah benar bunyinya. Seolah-olah berkata' "It's okay. You want to visit or not, I don't care." Tapi apa kejadahnya suruh orang klik? :3 So.. Tengah pertimbangkan ni. Nak guna or buat yang baru? Apa pendapat anda?

p/s: I've fall in love with Plumply But Cute font~ <3
Read More

Segmen Blogwalking: When I Was A Kid by Aina Akmal

Assalamualaikum and Peace be Upon You

http://i.imgur.com/vKKvIQA.jpg
//Klik sini untuk join.
Haha, nak cerita time budak-budak? Saya budak-budak juga, huhu~ 12 tahun dan ke bawah ialah kanak-kanak, okeyy. :p Secara saintifiknya saya baru 11 tahun. B| Okeylah, saya tafsirkan maksud kid di sini ialah anak kambing waktu tahap 1 ya? :D

Susah. Memang susah. Keningku sudah bertaut tatkala membaca syarat segmen itu. Menceritakan hal waktu kanak-kanak? Manalah aku ingat! Kalau ingat pun kabur-kabur, sekabur waktu ketika jerebu teruk melanda Malaysia dulu! Menyesal aku tak catat diari. Bukan apa, tulis dalam diari ni sakit tanganlah. Terseliuh. Yalah, sekali aku tulis, beribu-ribu perkataan keluar. Tiada brek. Okeylah, berhenti merapu. Straight to the point.

Nasib ada satu cerita ni, yang tak berapa nak 'daebak', tapi cukup untuk membuatku teringat bertahun-tahun hingga ke hari ni. Menyesal tak sudah. Kenapa? Yalah, ada ke patut aku pergi merajuk tengah-tengah kedai tu? Tak malu betul!

Waktu tu aku rasa aku 8 tahun kot. Ke 9. Entahlah. Main agak saja. Kami sekeluarga memang jarang bercuti, dek kerana kesibukan ibu bapa. Namun, ada sekali ayahku membawa kami ke sebuah taman tema air bersama keluarga besar (tak adalah besar sangat, takat tok dengan mak cik & keluarganya dan pak cik. Aku pun, seronok bukan main!

Masa dah nak balik tu mulalah penyakit tetap aku waktu kecil dulu; penyakit merajuk dah datang. Biasalah, budak-budak nak dapat sesuatu macam-macam sanggup buat. Aku ni jenis yang begitu menghargai memori. *Cehh* Oleh itu, macam-macam koleksi aku ada. Contohnya; key-chain, buku, patung, skarf, permata palsu... (okey tu kira koleksi lain. Bukan yang bila melancong punya)

Kami kena balik cepat, nak kejar Zohor katanya. Aku mulalah tarik mak ada pergi kedai cenderamata. Mak aku bagi, tapi sekejap saja had masanya. Disebabkan nak cepat, mak aku pun main rembat (tengok harga dululah) dan tunjuk kat aku. Waktu tu, kalau buat apa-apa kena ada persetujuan aku dulu. Aku kan 'budak degil'. Haha.

Dan si budak degil (akulah tu) merangkap si budak cerewet dan si budak memilih (banyaknya kelemahan, lol. Tapi percayalah, aku dah berubah! :p) terus berkata no tanpa hesitation (Kecil-kecil dah pandai speaking.. Hebat tak? >< ).

Setelah meronda berapa kali round kat kedai tu (dah nak dekat 2 jam) sampai mak aku pun dah naik angin. Ada jugalah beberapa pelancong yang pelik asyik tengok muka aku saja. Mungkin mereka ada terlintas di fikiran "Lost kid?" Huhu. Mungkinlah. Yalah, aku explore every nook and corner lantas meninggalkan keluargaku jauh ketinggalan di belakang. :P

Akhirnya mak aku paksa balik juga. Tapi aku still kata no, selagi belum jumpa benda nak dibawa balik. (See? I told ya I'm a very passionate and stubborn person, until now. >< ) Aku buat kata putus; rantai tempurung berharga RM30. Sangat kecil, hanya dibuat menggunakan benang, tempurung, manik dan double-sided tape. Dia main lekat-lekat, then jual dengan harga RM30. Huhu. Selayaknya berharga RM3 di pasar malam! Aku rasa target di tourist yang baru tukar mata wanglah.. Lagipun taman tema air tu baru dibuka. Kenalah ada modal *bersangka baik

Setelah berdebat selama 1 jam lagi, (bukan berdebat sebenarnya. Aku just berdiri dan menangis di sana. Tak mahu balik. Dasar budak degil!) (oh ya, mak cikku dah balik waktu tu, tak larat nak tunggu aku yang mengada ni) ayahku yang dah putus asa akhirnya bagi beli. Tapi bila dah diberi peluang macam tu, aku jadi tamak. Dimintanya pula topi koboi pink blink-blink berharga RM40. Yang bermaksud, ayahku telah membazirkan RM70 yang boleh beli handphone terpakai satu. (Dasar budak tak malu! Adik sepupu jauh lebih muda pun ikut saja mak cik aku balik. Tak ada pun merayu suruh beli macam-macam)

Rantai RM30 dan Topi koboi RM40 itu akhirnya menjadi perhiasan.. Dah tak disentuh langsung. Pantang ada keluarga nampak rantai/topi itu dan aku pada waktu yang sama (means aku macam duduk tepi tu lah), selalu mengungkit.. Sampai sekarang. Setiap kali aku tengok pun aku rasa bersalah. Huhu T_T )

Wah! Ini memang cerpen. Padahal kak Aina nak tulis pendek-pendek saja. Ampun!! Saya dah kata bila tangan mula sentuh keyboard, memang macam Formula 1. Tak boleh berhenti. T_T )
Read More

Art Trade: Cik Ulat Pink

Assalamualaikum

Yeay, art trade ketiga! Kali ini bersama Cik Ulat Pink. :D Macam entri art trade pertama dan kedua, mesti juga letak proses pembuatan, ngada! >< Tak apa, nanti kalau dah pro dan terkenal *perasan* boleh mengimbau kenangan time dulu-dulu~ ;)

p/s: Untuk Cik Ulat Pink ada di bawah sekali okeyh! :D
p/s(2): Eh? Bila masa Cik Ulat tambah 'pink' belakang nama? ><

Disebabkan cik
(dah malas nak tulis panjang-panjang, huhu.) curi ayat dari header saya yang sebenarnya freebies dari kak Mazni, oleh itu saya curi sikit idea doodle di header cik, untuk dijadikan art trade ni. Boleh? :D

Sebelum tu mari kita bandingkan dengan yang cik buat. Terserlah perbezaannya di situ! :p


Sangattt comel! ><




Akhirnya setelah puas mencuba, jadi juga tangan yang sama panjang. T_T Doodle pertama yang ada dua-dua tangan penuh. Perasan tak? :p

Cik Ulat Pink seorang boleh SAVE!!

p/s: Kali ini tak guna background biasa sebab skirt tu warna dia hampir sama, takut mengelirukan.

Read More

"Saya Takut" Contest - Miss Fatyn

Assalamualaikum

http://miss-fatyn.blogspot.com/2014/08/saya-takut-contest-miss-fatyn.html
//Klik sini untuk join
Sudah lama rancang untuk join, tapi tak berani sebab cerita ini cerita benar menurut sepupu saya. Lepas join ini rasa mahu join satu lagi contest berunsurkan cerpen pula.

p/s: Oh ya, penggunaan 'aku' dalam cerpen ini bukan bermaksud saya yang melaluinya, cuma hendak bagi lebih 'feel'. :p
Tag:

Yun Sing
Hazimah

(Jomlah join Blinkers! Blinkers boleh, yeah!! :D)

Setiap kali ada sesi 'bercerita hantu' dengan kawan-kawan di sekolah, memang cerita inilah yang selalu aku ketengahkan. Cerita yang masih menjadi misteri dan dipersoalkan. Diceritakan oleh kawan sepupuku yang digelar Anissa kepada sepupuku kepadaku dan akhirnya kepada mereka. Kali ini, aku menceritakannya kepada anda pula.

***

Si Anissa ini suka nyanyi lagu Cinta Segitiga. Lagu yang selalunya terkenal di kenduri-kenduri. Mengapa ini semua harus terjadi.. Setakat nyanyi tu tak apalah, tetapi dia tukar lirik itu menjadi seolah-olah 'mengejek'. Dengar khabarnya penyanyinya sudah mati, wallahhu a’lam.

Suatu malam, seperti biasa dia nyanyi lagi lagu tu yang telah ditukar liriknya. Dia hendak ke tandas sebelum tidur. Masuk-masuk, lampu tandas itu berkelip-kelip. Sekejap menyala, sekejap terpadam. Dia pun mulalah takut, nak keluar. Tapi tandas tu kira besar jugalah. Dia lari ke pintu, tapi terjatuh dan terpegang susuk tubuh 'sesuatu'. Bukan mop, dinding ke apa. Memang susuk tubuh!

Anissa macam menepislah semua tu. Dia fikir bukan 'benda tu'. Dia lari masuk bilik dia di tingkat atas, tapi bilik dia terkunci dari dalam. Aku tak tahulah apa perasaan dia, tapi sepupu aku kata lepas tu dia masuk bilik mak dia senyap-senyap. Tak tahulah dia buat apa dalam tu.

Kemudian lepas dah lama sikit, dia mula mengorak langkah ke biliknya semula. Pintu biliknya memang sudah boleh dibuka, tapi.. ada satu nota yang ditulis dengan darah di depan pintu biliknya...

JANGAN NYANYI LAGU ITU LAGI

***

Keesokkan harinya, si Anissa yang berani mati ni tetap nyanyi lagi lagu Cinta Segitiga versi ejekan itu. Kali ini, nak tahu apa yang dia dapat?


JANGAN NYANYI LAGU ITU LAGI, KALAU TAK AKU BUNUH KAU!!!!

Nota yang lebih besar dan menakutkan, yang didapati digunakan dengan darah yang lebih banyak..

Siapa yang menulis nota-nota itu?

Disebabkan tak tahan, Anissa pun bercerita hal ini pada sepupu aku dan beberapa lagi teman lain, ketika hari terakhir sekolah sebelum dia berpindah. Baru nak tunjuk parut yang dia dapat waktu jatuh di tandas itu, ayah dia dah datang jemput.

Sepupu aku kelihatan serius ketika bercerita, maksudnya dia tak buat lawak. Lagipun dia bukan jenis yang macam tu. Dia cerita waktu kami di kampung dan waktu balik, dia mahu tumpang kereta kami. Disebabkan kami melalui jalan yang sama, so parents aku pun no hal lah. Waktu dalam kereta tu kami bercerita lagi sambil makan kacang.

Sepupu aku ni macam nak trylah, dia ubah lirik lagu tu sampai yalah, macam si Anissa tu buat. Tiba-tiba di kata gigi dia sakit. Aku kata mungkin kerana dia makan kacang banyak sangat, tapi dia menafikan sekeras-kerasnya. Jeng, jeng...

p/s: Kalau berani cubalah nyanyi. Mungkin ada info berkenaan lagu ni tersalah.


The end. So? Seram tak? Jangan percaya 100% okey. Mungkin ada orang hendak kenakan si Anissa tu. Entahlah.
Read More

20140819

Watch Online Running Man English Subtitile Episode 209

Assalamualaikum

Photo: [OUT NOW] 
Running Man Episode 209 English Sub 
WATCH: http://goo.gl/WV84ak

Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5

Running Idol

Yoo Jae Suk
Ji Suk Jin
Song Ji Hyo
Kang Gary
Lee Kwang Soo

New Idol

Taemin
Kai
Sehun
Soyou
HaHa

Original Idol

Moon Hee Joon
Eun Ji Won
Danny Ahn
Cheon Myung Hoon
Kim Jong Kook
Read More

Art Trade: Mazni Munawar

Assalamualaikum

Art trade kedua~ :D

Baca: Pengalaman Art Trade Pertama

Kali ini dengan kak Mazni Munawar pula. Susah nak dapat idea nak lukis apa. Sebab waktu art trade dengan kak Wawa tu dah jelas-jelas tulis 'kepeng'. Setelah selongkar blog kak Mazni (nak cari ilham :p ) didapati kak Mazni seorang yang sopan. Huhu. Tak percaya tengok doodle dia. Semua yang duduk elok-elok, bajet ayu gitu. Ceh~ Ikuti pengembaraan saya mencari ilham. T_T


p/s: Untuk kak Mazni, doodle ada di akhir sekali. ;)



Asal nak buat dia tengah lompat jauh. >< (Ilham dari sejarah url blog. :p ) Tapi entah macam mana terlukis hoodie. Mungkin sebab waktu tu hujan kot. :p Tangan bergerak sendiri. :o

p/s: Macam tengah main holla hop pun ada. ><
Main conteng saja, tiada motif apa-apa pun.
Akhirnya mendapati yang ini paling sesuai. T_T
Setelah dikemaskini.
Amaran!! Kak Mazni seorang boleh save! Mahu juga? Jom art trade! :D

p/s: Tidak apa kak Mazni, saya tunggu~ :)


Update 220814: Daripada kak Mazni~


Selfie? >< Soo cute! <3

Read More

Cerpen: Peristiwa 6:30

Assalamualaikum



Dek kerana kebosanan dan tak tahu nak update apa tapi tetap nak update juga, (Cuba sebut sekali nafas. :p ) saya mempersembahkan cerpen yang ditulis tahun lepas (waktu darjah 5). Ada diubah sikit-sikit nak bagi sedap. Komen anda amat dihargai~ :)

Prolog


Aku duduk di atas sofa lalu membuka televisyen. Berita yang disiarkan mendedahkan seorang pencuri yang sering berkeliaran di taman perumahan ini telah ditangkap polis. Aku mengucap syukur. Sekurang-kurangnya, ibuku akan membenarkan aku bermain bersama Dayang, Syuhada, Annissa dan Zura di taman permainan yang berdekatan lain kali.


Aku menjeling pula jam di tangan. Muka jam tangan putihku baru menunjukkan pukul 6.30 petang. Masih ada masa untukku bersantai sebentar sebelum menolong ibuku menyediakan juadah berbuka. Aku berangan-angan seketika dan teringat kisah yang terjadi pada pukul 6:30 pagi minggu lepas. Kisah yang akan terpahat di hatiku sehinggaku tua.

Isi

Hari itu aku meminta ayah untuk menghantarku lebih awal dari kebiasaan. Disebabkan mata pelajaran pertama hari Selasa ialah Sains, aku harus bersedia lebih awal dari segi fizikal dan mental kerana Cikgu Rosalia yang gemar digelar Cikgu Rosa, Cikgu Sains kami acapkali mengadakan kuiz sebelum pembelajaran. Oleh itu, beliau akan mendenda sesiapa sahaja yang terlepas kuiz itu atau dalam kata lainnya, terlewat sampai.

Cikgu Rosa pun satu, mengadakan kuiz itu 10 minit sebelum sekolah bermula yakni pada pukul 7:20 pagi. Aku pula selalunya sampai pada pukul 7:29 pagi pada hari biasa. Fuh, memang kena berdiri atas kerusilah nampak gayanya jika aku meneruskan tabiat itu pada hari Selasa!

Namun, aku tak menyangka pula ayah menghantarku pada pukul 6:30 pagi! Waktu itu hanya mak cik kantin dan pak cik jaga sahaja yang ada. Sebaik turun dari kereta, persekitaran sekolah begitu gelap. Mengalahkan suasana ketika black-out! Lampu jalan yang berdekataan untuk menjadi pembimbing jalan pula terlalu jauh nun di makmal sains sana.

Aku berura-ura untuk berpaling dan meminta ayah menemaniku sebentar; sekurang-kurangnya sehingga suria menampakkan diri. Eh? Mana kereta ayah pergi? Aku menggaru-garu kepala. Tak sampai seminit aku termenung tadi kan? Ayah tak mahu pastikan aku selamat masuk dulukah? Ah biarlah, mungkin dia ada tugas penting di pejabat.

Aku yang pura-pura berani membuka langkah seribu ke kantin yang berdekatan dengan makmal sains yang berdekatan dengan sumber cahaya. Yalah, siapa yang sanggup berdiri sendirian di tengah gelap seperti itu? Di kala burung hantu pun masih berbunyi ngeri? Aduh, memikirkannya memang membuat bulu roma berdiri! Sudahlah sekolahku itu asalnya sebuah hutan yang 'ada penghuni'.

Cak! Hehe. :)

Kantin yang agak jauh dari pintu pagar sudahku jejaki. Nasib baiklah ada mak cik kantin yang menemani. Berbekalkan lampu kalimantang yang terhad (mak cik kantin nak jimatkan elektrik), aku mula membaca nota-nota kecil yang aku sediakan bagi menjawab kuiz Cikgu Rosa nanti. Suasana yang begitu sepi menyebabkan aku boleh membaca dengan begitu khusyuk dan penuh konsterasi. Tiba-tiba, entah dari mana aku terdengar bunyi sesuatu terjatuh.

Mak cik kantin nampaknya tidak menyedari. Dia masih mengguli doh untuk dibuat kuih dengan fokus sekali. Adakah aku seorang yang terdengar bunyi itu? Pantas semua anggapan negetif menghinggapi diri. Aku pula asyik menepis-nepis segala. Mungkin mak cik kantin sudah tidak boleh mendengar dengan jelas dek usianya yang meningkat. Aku mengangguk-angguk sendiri.

Entah kenapa, aku mula rasa tak selesa di situ. Naluriku mendesak kuat supaya aku pergi ke makmal sains. Aku yang percayakan 'dia' hanya menurut. Lagipun aku boleh membaca dengan lebih jelas di sana. Di sebalik samar-samar pagi akibat kabus menebal, aku terlihat suatu lembaga. Setelah diamati, rupanya itu ialah seorang manusia yang tegap dan tinggi. Hanya susuk tubuhnya yang kelihatan, namun wajahnya masih dihalang oleh kabus.

Seingat aku, di sekolah ini tiada guru yang tinggi dan tegap sebegitu. Apatah lagi murid. Kebanyakannya hanya duduk depan tablet dan telefon pintar mereka 24 jam. Satu andaian lain menerpa masuk ke minda. Mungkin.. Itu.. PENCURI???

Aku terus menjerit kekagetan. 'Pencuri' itu kelihatan terkejut dengan kehadiran aku. Apa, ingat tiada murid di waktu ini ke? Pencuri yang belum pasti itu seperti mahu menerkam ke arah aku. Aku apa lagi, teruslah lari! Mana tahu dia ada pisau tersembunyi dalam stokinnya? Eh, dia pakai stokin ke? Ah, apa-apa sajalah. Yang pasti; Sesiapa tolong aku!

Aku berlari sembarangan sambil menjerit sebelum terfikir untuk pergi ke pondok pengawal. Ya, idea yang bagus! Aku mengangguk-angguk sendiri lagi. Pelik, dalam kegawatan seperti itu pun sempat berfikir? Bagus, otak!

Pak cik jaga nampaknya seperti menyedari jeritanku. Bagus, suara! Aku menunjuk-nunjuk ke arah 'pencuri' tadi sambil menambahkan halaju kaki. Walaupun kakiku seperti mahu tercabut, aku teruskan juga. Lebih baik daripada hayatku berakhir di sini! (Berfikiran jauh sungguh aku. *bangga* )

Malang seribu kali malang, pak cik jaga tidak memberi respons. Adakah.. adakah? ADAKAH PAK CIK JAGA BERSEKONGKOL DENGAN PENCURI ITU!!??? Serta-merta, aku 'menekan brek'. Niat di hati mahu lari ke kanan pula. Tapi sebaik terpandangkan wajah di belakang ku yang disangka pencuri tadi, oh! Aku rasa menyesal bertindak mengikut perasaan tadi! CIKGU ROSA?


Cikgu Rosa yang kelihatan lelah mengejarku hanya membuat isyarat menyuruhku mendekatinya sebelum berbisik bahawa murid tidak boleh merayau-rayau di perkarangan sekolah. Oh, sebab itukah beliau mengejarku tadi? Pipiku terasa panas. Kulit sudah tebal macam Transformers! Beliau lalu berlalu pergi tanpa berkata apa-apa lagi.

Bengnya yang besar membuatkan bahunya kelihatan bidang dan kasut tumit tinggi 5 incinya menambahkan ketinggian dirinya. Aku hairan macam mana beliau boleh mengejar aku sementara dirinya berkasut sebegitu?

Sudahlah, lupakan apa yang berlaku. Aku mencapai beg yang ditinggal di kantin sebelum membuka perjalanan ke kelas dengan wajah sebal sebagaimana yang disuruh Cikgu Rosa. Baik, lain kali aku merayu pada ayah supaya menghantarku pada pukul 7:00 pagi sahaja. Bukan 6:30! Bukan 6:30!!

Epilog


Dalam perjalanan menuju ke kelas, aku mengerling jam di tangan. 7:15? Wah, lama juga sesi kejar-mengejar ala-ala Hindustan tadi berlangsung? Nasib baik tiada orang lagi. Fuh, harap-harap ini kekal menjadi rahsia aku, pak cik jaga yang nyanyuk dan Cikgu Rosa yang berkemungkinan besar mememecahkan rahsia itu sahaja. Harap-harap sangat Cikgu Rosa pandai simpan rahsia!


Sebaik sampai di pintu kelas, nampak gayanya semua rakan sekelasku sudah bersedia. Baru sahaja aku mahu masuk ke dalam, bunyi yang sama ketika di kantin tadi bergema lagi. Bunyi yang sama yang menyebabkan aku terserempak dengan Cikgu Rosa. Bunyi itu berasal dari belakangku. Rupa-rupanya, itu ialah fail peribadi Cikgu Rosa. Entah kenapa tangannya yang kecil asyik terlepas fail peribadinya itu.

"ANEESHA!!"

Huh, kenapa? Kenapa menjerit pada aku pula tiba-tiba?

"ANEESHA! Mana boleh tidur lepas Asar! Tengok jam! Sudah pukul 7! Pergi tolong ibu kamu sediakan juadah berbuka!"

Eh? Kak Ros datang sini ke untuk berbuka? Oh tidak!

p/s: Hah, macam mana? Untuk pengetahuan, ini semua watak dalam novel saya yang baru siap 1/3. Aneesha watak utama, Cikgu Rosa pula sepupu merangkap cikgunya. Mereka ini sepupu yang anti sekali. Kenapa? Tunggu saya siapkan novel tu dulu! :p (Tolonglah doakan juga~ :3 )
Read More

20140818

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com

Assalamualaikum


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read More

Kuiz: Ketahui Umur Mental Anda

Assalamualaikum




Tajuk yang sungguh skema. Back to the point. Mahu tahu? Tengok bawah~ :)

KLIK SINI!!

Jawapan saya:

12

So mentally you're 12 years old, but these aren't necessarily bad news! You have a wild, fun and curious mind. You are always eager to learn new things and explore new surroundings. Adventure is in your nature and happiness is your middle name. Now go on and just have fun, adulthood is boring

p/s: Pandai sungguh mereka. Bullseye!  :3
Read More

Art Trade: Miss Kepeng

Assalamualaikum

Yeay! Art trade pertama. =D Terima kasih kak Wawa a.k.a. Miss Kepeng (Jika mahu tahu apa maksud kepeng, sila klik sini. Mai ramai-ramai singgah! =D ) yang cun bagi saya peluang. Maaflah tak secun akak. T_T Maaf lagi sebab lambat bagi respons. T_T Wuu~~ Baru sempat online.

Dan bagi pelawat blog ini, lain kali tinggal jejak di komen ya! Baru senang nak jejak balik. Cbox tu dah penuh, kena tunggu rajin baru boleh selongkar dari bawah. T_T

Doodle ada di akhir sekali, sebelum itu sila saksikan dan mengahayati proses pembuatan doodle ini ya~ =P Feel betul-betul tahu! Sampai menitiskan air mata kalau boleh. Barulah boleh jadi pelakon. T_T *Sengaja buat begini, supaya copycat tak sampai hati nak curi nanti setelah menyaksikan proses pembuatan yang banyak step. Itu pun dah skip banyak kali. T_T(Berapa banyak kali menangis daa~)




Asal nak buat baju kurung, tapi baju kurung buat macam mana pun tetap bentuk petak. :\ Terpaksalah 'kepeng' kan baju tu~ :p




Warna windows dah bertukar. B| Untuk pengetahuan, warna windows ni bertukar setiap 30 minit. Hu, lama tu~ If you know what I mean.
AMARAN!! Kak Wawa seorang boleh save! Nak macam ni juga? Jom art-trade! :D (Kalau buruk pun tak apa, saya sengaja mahu kumpul buat koleksi. ;) )

Boleh tahanlah, berbanding yang dulu-dulu~ *sedapkan hati sendiri. >_<

Update: Daripada kak Wawa. :)

Ahaha, DianeeyA dan Lemons Can Fly & warna purple berpisah tiada. ><

Read More

20140812

Watch Online Running Man Episode 208 English Subtitle

Assalamualaikum

Photo: Running Man Episode 208 English Sub 
Guest: miss A - Suzy
Watch now: http://goo.gl/ShIqkK

Running Man Episode 208 English Sub
Broadcast date (filming date): August 10, 2014 (July 28, 2014)
Landmark Team Mission:
Hyundai Department Store (Mok-dong, Yangcheon-gu, Seoul)Guest: miss A - Suzy
Watch now: Part 1 / Part 2 / Part 3 / Part 4 / Part 5


p/s: Maaf belum sempat balas jejak!







Read More

20140810

Tonton Online Hantu Selfie Percuma (Telemovie Raya 3 Ogos 2014 Astro Maya)

Assalamualaikum


Hantu Selfie, 03/08/2014 - Zizan & Emma Maembong by DramaMelayu
 
Genre: Komedi, Sedih, Percintaan

CUBE Film Sdn. Bhd. mempersembahkan..
Sebuah Karya Michael Ang


Para pelakon;

Zizan Razak sebagai Saleh
Emma Maembong sebagai Emma
Lia Natalia sebagai Tisya
Redza sebagai Amran

Dibantu oleh;

Along Eyzandy
Tasha
Mak Wan
Sinopsis:
*Ditulis sendiri. Mungkin ada yang tersalah.*
Ketika sedang berselfie, Saleh (Zizan Razak) tertangkap gambar roh Emma (Emma Maembong) di sebelahnya. Disebabkan hanya Saleh seorang yang boleh melihatnya, Emma merayu kepada Saleh untuk membantu menangkap pembunuhnya. Dengan syarat, Emma membantunya mendapatkan cinta Tisya (Lia Natalia), seorang pelanggan tetap di kedai kek Saleh. Amran (Redza), kawan lelaki Tisya sebenarnya seorang gila yang akan membunuh sesiapa sahaja ketika cemas. Dia yang juga pesakit Dr. Emma (Iaitu Emma semasa hayatnya.) rupanya yang telah membunuh Emma. Menyedari hakikat itu, Saleh berusaha mencari jalan bagi memberkasnya.
p/s: Cerita ini lebih kurang 20% macam Hantu Kapcai.
Read More

20140809

Wordless: Meoww~

Assalamualaikum




p/s: Orang selalu buat Wordless hari Rabu tapii.. Lalala~

Read More

20140808

Update: Finally Cute Navigation!

Assalamualaikum
Hello wello~ Yeay! Nampak tak icon yang boleh tahan comel bawah header tu? Kalau tak, nah! Besar gedabak engko! Huhu..

Newbie yang excited. Siap printscreen! ><
Tujuan post ini ialah saya akan menceritakan kisah pembuatan icon yang boleh tahan comel tersebut. (Macam ada orang mahu tahu!) Kalau tak mahu tahu pun tak apa, sebab saya tulis ini sebagai arkib. Kenangan. :) Bila sudah popular nanti orang boleh baca (perasan!! >_<)

Di malam.. Yang sepi pi pi, Pak Mat jual topi pi pi...Waktu tak boleh tidur tu rasa bosanlah pula. Internet sudah timed-out (kena tutup) Rancangan TV pula semua yang bosan (maklumlah, tiada Astro. T_T) Tengah selongkar laptop, tengok apa boleh buat.. Main game ke.. Tapi game semua sudah habis main! Menyesal habiskan awal-awal T_T

Tanpaku disedari, air mataku mengalir~


Semula ya. Saya memang begitu, tak pernah boleh serius! >< Kecuali ketika makan Main klik sajalah apa-apa. Cuba conteng conteng di Paint Tool Sai~ akhirnya.. Eh, jadilah pula. Edit sana, edit sini, warnakan.. Eh, comellah pula. Warna pula saya sengaja selitkan warna tema blog ni, perasan tak? Pink pastel dan biru cerah. ^^ Kebetulan (bukan kebetulan sebenarnya. Saja mahu kasi cerita gempak.) pada waktu itu juga saya sibuk memikirkan macam mana mahu bagi cantik Pages itu. Yalah, cuba tengok.. dia ke tepi. Takkanlah kena buat pages banyak-banyak untuk bagi seimbang?

Tutorial Bloggers untuk cantikkan Pages itu sebagai Navigation memanglah banyak. Tapiii Blogger ini sewel tak betul sikit. Contohnya macam ruangan Credits saya tu, kalau klik mana-mana link kebanyakannya akan keluar ini kan?

Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.
Nampak? Tak boleh keluar dari URL blog sendiri. Blogger akan buat macam ni.
dianeeya.blogspot.com/tutorial.blogspot.com
Contoh ya, contoh.. Puaslah fikir (tipu lagi!) macam mana untuk selesaikan masalah ini. Tapi tetap tak boleh. Ya udah, bahagian link itu saya buat macam ni.
/p/contoh.html
Faham tak? Nanti dia keluarlah macam ni.
dianeeya.blogspot.com/p/contoh.html
Untuk home pula saya tak tulis apa-apa. Biar bahagian link itu kosong. Saya memang bijak! B] *senyum bangga nampak gusi*

p/s: Khusus untuk post berlabel 'Update' ini, saya tampilkan rupa blog ini awal-awal dulu. ^_^

Nampak descriptionnya? Sekarang Alhamdulillah novel sudah siap separuh. c:


Read More

How To: Off The Original Navbar *for newbie

Assalamualaikum


p/s: After that, don't forget to click Upgrade Template (for Blogger Template users)!

Read also: Made Your Own Navbar


Read More

20140806

Tutorial: Disable Right Click Without Alert / Disable Right Click Tanpa Amaran (Blogskin)

Assalamualaikum


WARNING! Most Blogskins already have this! Try to find the 3rd code first!

  1. Blogger --> Template --> Search (CTRL+F) for </style>
  2. It doesn't matter which </style>. I know, you found plenty of it right? ;)
  3. Copy these codes and paste it BELOW </style>
<body oncontextmenu='return false;'>
Preview. Try to right click. Cannot right? That's means you're successful! Congrats! =D

Credit: Raraa Honey

Read More

Tutorial: Clickable Post Title / Tajuk Post Boleh Klik *Blogskin

Assalamualaikum

Sooo simple! Follow these steps. ;)


Blogger --> Template --> Search (CTRL+F)

<$BlogItemTitle$>

Most Blogskin has two
<$BlogItemTitle$>. Replace the code below with <$BlogItemTitle$>.
<span class="PostTitle"><a href="<$BlogItemPermalinkURL$>"><$BlogItemTitle$></a></span>
Preview first. No errors? Save! =D

Credit: Raraa Honey

Read More

20140805

Tutorial: Tabber Widget (untuk Jimatkan Ruang Sidebar)

Assalamualaikum
LIVE PREVIEW (Credit to Wanaseoby)

LIVE PREVIEW


LIVE PREVIEW (credit to Wanaseoby)


  1. Edit anything necessary. Like the tabs name, the content, the color codes and the border. (Learn about it here)
  2. Paste the edited codes in Blogger --> Layout --> Add A Gadget --> HTML/Javascript
  3. Make sure don't click Rich Text. Then, SAVE!

p/s: For Blogskin, just paste those codes whereever you want.

Credit: Kak Wana

Read More

Hanging Status Box / Status Box Tergantung (Blogskin)

Assalamualaikum

As example, like this. Live preview here. (3rd blogskin on the way yeah!~)

//Credit to Alia Eyra
WARNING! Remember to Preview first before Save if you don't want to cry all night!
  1. Like always, Blogger --> Template 
  2. CTRL + F simultaneously and search for <base target='_blank'/>
  3. Available? If not put that under <head>
  4. Copy these codes and paste it above <base target='_blank'/>


Edit:
border:1px dashed #FFF; - This is for the upper box. You can learn about it HERE
background: #FFE4ED;} - The upper box background color. Choose it HERE
border:1px dashed #FFF; - This one for the below box.
text-align:left; - You can change from left to right
background:#FFE1EB;  - The below box background color.
Status</div> - Change the word 'Status'
Your status goes here. ;) (05/08/14)  - Write your own words.
 Credit to: Alia Eyra

GOODLUCK!
Read More