20140819

Cerpen: Peristiwa 6:30

Assalamualaikum



Dek kerana kebosanan dan tak tahu nak update apa tapi tetap nak update juga, (Cuba sebut sekali nafas. :p ) saya mempersembahkan cerpen yang ditulis tahun lepas (waktu darjah 5). Ada diubah sikit-sikit nak bagi sedap. Komen anda amat dihargai~ :)

Prolog


Aku duduk di atas sofa lalu membuka televisyen. Berita yang disiarkan mendedahkan seorang pencuri yang sering berkeliaran di taman perumahan ini telah ditangkap polis. Aku mengucap syukur. Sekurang-kurangnya, ibuku akan membenarkan aku bermain bersama Dayang, Syuhada, Annissa dan Zura di taman permainan yang berdekatan lain kali.


Aku menjeling pula jam di tangan. Muka jam tangan putihku baru menunjukkan pukul 6.30 petang. Masih ada masa untukku bersantai sebentar sebelum menolong ibuku menyediakan juadah berbuka. Aku berangan-angan seketika dan teringat kisah yang terjadi pada pukul 6:30 pagi minggu lepas. Kisah yang akan terpahat di hatiku sehinggaku tua.

Isi

Hari itu aku meminta ayah untuk menghantarku lebih awal dari kebiasaan. Disebabkan mata pelajaran pertama hari Selasa ialah Sains, aku harus bersedia lebih awal dari segi fizikal dan mental kerana Cikgu Rosalia yang gemar digelar Cikgu Rosa, Cikgu Sains kami acapkali mengadakan kuiz sebelum pembelajaran. Oleh itu, beliau akan mendenda sesiapa sahaja yang terlepas kuiz itu atau dalam kata lainnya, terlewat sampai.

Cikgu Rosa pun satu, mengadakan kuiz itu 10 minit sebelum sekolah bermula yakni pada pukul 7:20 pagi. Aku pula selalunya sampai pada pukul 7:29 pagi pada hari biasa. Fuh, memang kena berdiri atas kerusilah nampak gayanya jika aku meneruskan tabiat itu pada hari Selasa!

Namun, aku tak menyangka pula ayah menghantarku pada pukul 6:30 pagi! Waktu itu hanya mak cik kantin dan pak cik jaga sahaja yang ada. Sebaik turun dari kereta, persekitaran sekolah begitu gelap. Mengalahkan suasana ketika black-out! Lampu jalan yang berdekataan untuk menjadi pembimbing jalan pula terlalu jauh nun di makmal sains sana.

Aku berura-ura untuk berpaling dan meminta ayah menemaniku sebentar; sekurang-kurangnya sehingga suria menampakkan diri. Eh? Mana kereta ayah pergi? Aku menggaru-garu kepala. Tak sampai seminit aku termenung tadi kan? Ayah tak mahu pastikan aku selamat masuk dulukah? Ah biarlah, mungkin dia ada tugas penting di pejabat.

Aku yang pura-pura berani membuka langkah seribu ke kantin yang berdekatan dengan makmal sains yang berdekatan dengan sumber cahaya. Yalah, siapa yang sanggup berdiri sendirian di tengah gelap seperti itu? Di kala burung hantu pun masih berbunyi ngeri? Aduh, memikirkannya memang membuat bulu roma berdiri! Sudahlah sekolahku itu asalnya sebuah hutan yang 'ada penghuni'.

Cak! Hehe. :)

Kantin yang agak jauh dari pintu pagar sudahku jejaki. Nasib baiklah ada mak cik kantin yang menemani. Berbekalkan lampu kalimantang yang terhad (mak cik kantin nak jimatkan elektrik), aku mula membaca nota-nota kecil yang aku sediakan bagi menjawab kuiz Cikgu Rosa nanti. Suasana yang begitu sepi menyebabkan aku boleh membaca dengan begitu khusyuk dan penuh konsterasi. Tiba-tiba, entah dari mana aku terdengar bunyi sesuatu terjatuh.

Mak cik kantin nampaknya tidak menyedari. Dia masih mengguli doh untuk dibuat kuih dengan fokus sekali. Adakah aku seorang yang terdengar bunyi itu? Pantas semua anggapan negetif menghinggapi diri. Aku pula asyik menepis-nepis segala. Mungkin mak cik kantin sudah tidak boleh mendengar dengan jelas dek usianya yang meningkat. Aku mengangguk-angguk sendiri.

Entah kenapa, aku mula rasa tak selesa di situ. Naluriku mendesak kuat supaya aku pergi ke makmal sains. Aku yang percayakan 'dia' hanya menurut. Lagipun aku boleh membaca dengan lebih jelas di sana. Di sebalik samar-samar pagi akibat kabus menebal, aku terlihat suatu lembaga. Setelah diamati, rupanya itu ialah seorang manusia yang tegap dan tinggi. Hanya susuk tubuhnya yang kelihatan, namun wajahnya masih dihalang oleh kabus.

Seingat aku, di sekolah ini tiada guru yang tinggi dan tegap sebegitu. Apatah lagi murid. Kebanyakannya hanya duduk depan tablet dan telefon pintar mereka 24 jam. Satu andaian lain menerpa masuk ke minda. Mungkin.. Itu.. PENCURI???

Aku terus menjerit kekagetan. 'Pencuri' itu kelihatan terkejut dengan kehadiran aku. Apa, ingat tiada murid di waktu ini ke? Pencuri yang belum pasti itu seperti mahu menerkam ke arah aku. Aku apa lagi, teruslah lari! Mana tahu dia ada pisau tersembunyi dalam stokinnya? Eh, dia pakai stokin ke? Ah, apa-apa sajalah. Yang pasti; Sesiapa tolong aku!

Aku berlari sembarangan sambil menjerit sebelum terfikir untuk pergi ke pondok pengawal. Ya, idea yang bagus! Aku mengangguk-angguk sendiri lagi. Pelik, dalam kegawatan seperti itu pun sempat berfikir? Bagus, otak!

Pak cik jaga nampaknya seperti menyedari jeritanku. Bagus, suara! Aku menunjuk-nunjuk ke arah 'pencuri' tadi sambil menambahkan halaju kaki. Walaupun kakiku seperti mahu tercabut, aku teruskan juga. Lebih baik daripada hayatku berakhir di sini! (Berfikiran jauh sungguh aku. *bangga* )

Malang seribu kali malang, pak cik jaga tidak memberi respons. Adakah.. adakah? ADAKAH PAK CIK JAGA BERSEKONGKOL DENGAN PENCURI ITU!!??? Serta-merta, aku 'menekan brek'. Niat di hati mahu lari ke kanan pula. Tapi sebaik terpandangkan wajah di belakang ku yang disangka pencuri tadi, oh! Aku rasa menyesal bertindak mengikut perasaan tadi! CIKGU ROSA?


Cikgu Rosa yang kelihatan lelah mengejarku hanya membuat isyarat menyuruhku mendekatinya sebelum berbisik bahawa murid tidak boleh merayau-rayau di perkarangan sekolah. Oh, sebab itukah beliau mengejarku tadi? Pipiku terasa panas. Kulit sudah tebal macam Transformers! Beliau lalu berlalu pergi tanpa berkata apa-apa lagi.

Bengnya yang besar membuatkan bahunya kelihatan bidang dan kasut tumit tinggi 5 incinya menambahkan ketinggian dirinya. Aku hairan macam mana beliau boleh mengejar aku sementara dirinya berkasut sebegitu?

Sudahlah, lupakan apa yang berlaku. Aku mencapai beg yang ditinggal di kantin sebelum membuka perjalanan ke kelas dengan wajah sebal sebagaimana yang disuruh Cikgu Rosa. Baik, lain kali aku merayu pada ayah supaya menghantarku pada pukul 7:00 pagi sahaja. Bukan 6:30! Bukan 6:30!!

Epilog


Dalam perjalanan menuju ke kelas, aku mengerling jam di tangan. 7:15? Wah, lama juga sesi kejar-mengejar ala-ala Hindustan tadi berlangsung? Nasib baik tiada orang lagi. Fuh, harap-harap ini kekal menjadi rahsia aku, pak cik jaga yang nyanyuk dan Cikgu Rosa yang berkemungkinan besar mememecahkan rahsia itu sahaja. Harap-harap sangat Cikgu Rosa pandai simpan rahsia!


Sebaik sampai di pintu kelas, nampak gayanya semua rakan sekelasku sudah bersedia. Baru sahaja aku mahu masuk ke dalam, bunyi yang sama ketika di kantin tadi bergema lagi. Bunyi yang sama yang menyebabkan aku terserempak dengan Cikgu Rosa. Bunyi itu berasal dari belakangku. Rupa-rupanya, itu ialah fail peribadi Cikgu Rosa. Entah kenapa tangannya yang kecil asyik terlepas fail peribadinya itu.

"ANEESHA!!"

Huh, kenapa? Kenapa menjerit pada aku pula tiba-tiba?

"ANEESHA! Mana boleh tidur lepas Asar! Tengok jam! Sudah pukul 7! Pergi tolong ibu kamu sediakan juadah berbuka!"

Eh? Kak Ros datang sini ke untuk berbuka? Oh tidak!

p/s: Hah, macam mana? Untuk pengetahuan, ini semua watak dalam novel saya yang baru siap 1/3. Aneesha watak utama, Cikgu Rosa pula sepupu merangkap cikgunya. Mereka ini sepupu yang anti sekali. Kenapa? Tunggu saya siapkan novel tu dulu! :p (Tolonglah doakan juga~ :3 )

2 comments