20140821

"Saya Takut" Contest - Miss Fatyn

Assalamualaikum

http://miss-fatyn.blogspot.com/2014/08/saya-takut-contest-miss-fatyn.html
//Klik sini untuk join
Sudah lama rancang untuk join, tapi tak berani sebab cerita ini cerita benar menurut sepupu saya. Lepas join ini rasa mahu join satu lagi contest berunsurkan cerpen pula.

p/s: Oh ya, penggunaan 'aku' dalam cerpen ini bukan bermaksud saya yang melaluinya, cuma hendak bagi lebih 'feel'. :p
Tag:

Yun Sing
Hazimah

(Jomlah join Blinkers! Blinkers boleh, yeah!! :D)

Setiap kali ada sesi 'bercerita hantu' dengan kawan-kawan di sekolah, memang cerita inilah yang selalu aku ketengahkan. Cerita yang masih menjadi misteri dan dipersoalkan. Diceritakan oleh kawan sepupuku yang digelar Anissa kepada sepupuku kepadaku dan akhirnya kepada mereka. Kali ini, aku menceritakannya kepada anda pula.

***

Si Anissa ini suka nyanyi lagu Cinta Segitiga. Lagu yang selalunya terkenal di kenduri-kenduri. Mengapa ini semua harus terjadi.. Setakat nyanyi tu tak apalah, tetapi dia tukar lirik itu menjadi seolah-olah 'mengejek'. Dengar khabarnya penyanyinya sudah mati, wallahhu a’lam.

Suatu malam, seperti biasa dia nyanyi lagi lagu tu yang telah ditukar liriknya. Dia hendak ke tandas sebelum tidur. Masuk-masuk, lampu tandas itu berkelip-kelip. Sekejap menyala, sekejap terpadam. Dia pun mulalah takut, nak keluar. Tapi tandas tu kira besar jugalah. Dia lari ke pintu, tapi terjatuh dan terpegang susuk tubuh 'sesuatu'. Bukan mop, dinding ke apa. Memang susuk tubuh!

Anissa macam menepislah semua tu. Dia fikir bukan 'benda tu'. Dia lari masuk bilik dia di tingkat atas, tapi bilik dia terkunci dari dalam. Aku tak tahulah apa perasaan dia, tapi sepupu aku kata lepas tu dia masuk bilik mak dia senyap-senyap. Tak tahulah dia buat apa dalam tu.

Kemudian lepas dah lama sikit, dia mula mengorak langkah ke biliknya semula. Pintu biliknya memang sudah boleh dibuka, tapi.. ada satu nota yang ditulis dengan darah di depan pintu biliknya...

JANGAN NYANYI LAGU ITU LAGI

***

Keesokkan harinya, si Anissa yang berani mati ni tetap nyanyi lagi lagu Cinta Segitiga versi ejekan itu. Kali ini, nak tahu apa yang dia dapat?


JANGAN NYANYI LAGU ITU LAGI, KALAU TAK AKU BUNUH KAU!!!!

Nota yang lebih besar dan menakutkan, yang didapati digunakan dengan darah yang lebih banyak..

Siapa yang menulis nota-nota itu?

Disebabkan tak tahan, Anissa pun bercerita hal ini pada sepupu aku dan beberapa lagi teman lain, ketika hari terakhir sekolah sebelum dia berpindah. Baru nak tunjuk parut yang dia dapat waktu jatuh di tandas itu, ayah dia dah datang jemput.

Sepupu aku kelihatan serius ketika bercerita, maksudnya dia tak buat lawak. Lagipun dia bukan jenis yang macam tu. Dia cerita waktu kami di kampung dan waktu balik, dia mahu tumpang kereta kami. Disebabkan kami melalui jalan yang sama, so parents aku pun no hal lah. Waktu dalam kereta tu kami bercerita lagi sambil makan kacang.

Sepupu aku ni macam nak trylah, dia ubah lirik lagu tu sampai yalah, macam si Anissa tu buat. Tiba-tiba di kata gigi dia sakit. Aku kata mungkin kerana dia makan kacang banyak sangat, tapi dia menafikan sekeras-kerasnya. Jeng, jeng...

p/s: Kalau berani cubalah nyanyi. Mungkin ada info berkenaan lagu ni tersalah.


The end. So? Seram tak? Jangan percaya 100% okey. Mungkin ada orang hendak kenakan si Anissa tu. Entahlah.

6 comments

  1. Hye. Thanks join. Ini cerita hantu Cinta tiga segi ka? Hehe. Hemph. Manusia jika tllu lemah n kuat bfikir tntg benda x wujud,kadang2 bnda tu akan wujud dlm byangan kita.

    ReplyDelete
  2. @Miss Fatyn

    Tak tahu. Saya ceritakan balik je. Huhu. :)

    ReplyDelete
  3. Eh.. tempoh hari saya ada nyanyi juga lagu ni.. tapi versi original.. fikir balik rasa seram pula. Kalau nak tau betul ke tak boleh google, mungkin ada yang kena benda yang sama juga maksudnya betullah kisah ini..

    ReplyDelete
  4. Eh.. eh.. lupa pula kena tag *weehee* thanks tag ^^

    ReplyDelete