20140920

Motivasi: Mahu Orang Sayangkan Kita? Sayang Diri Sendiri Dahulu!

Assalamualaikum and Peace be Upon You 

Jarum jam sudah melewati angka 3. Namun mata ini masih degil untuk berehat. Masih berkeras untuk berjaga dan melakukan apa-apa sahaja aktiviti bagi membunuh kebosanan. Dan harapnya, memberatkan mata yang segar bugar ini. Sedang saya berfikir perkara yang boleh merehatkan minda, tiba-tiba saya teringat kertas itu. Kertas yang diatasnya sudah tertulis draf untuk entri seterusnya. Berkaitan motivasi juga muhasabah diri.

----

Aku segera mencapai pensel dan menulis bait-bait kata ini. Kata-kata yang sungguh menarik, dan tidak ingin aku lupakan.

Waktu itu aku dengar ikim.fm, slot motivasi dengan dif jemputan, Prof. Dr. Muhaya. Sukar menemui sesiapa yang tak kenal beliau dalam Malaysia ni. Pakar mata a.k.a. pakar motivasi terkenal yang berdiri sebaris dengan Dato. Dr. Fadzilah Kamsah. Kata-katanya begitu bernas dan boleh diterima akal.

Dipendekkan cerita, entah kenapa isinya yang lain aku tak ingat. Cuma kata-kata ini sahaja yang beri kesan mendalam pada aku.

Kata beliau, cuba kita tenung diri kita di dalam cermin. Belek habis muka. Segala jerawat atau perkara yang menyakitkan hati pun tenung juga, sampai tembus cermin. (Oh, tidak. Beliau tidak berkata begitu. Aku hanya mengada-adakan cerita.)

Soalannya, apakah perasaan kita waktu merenung diri sendiri? Geram? Puas hati? Meluat? Atau.. rasa mahu cubit-cubit muka kita yang terlalu comel itu? (Alamak! Percayalah, semua yang merapu ini hasil tulisan aku.) Oh! Mungkin juga.. kalian tak berani?

Sebenarnya itulah pendapat orang lain. Jika diri sendiri tak boleh tenung, means kita tak sayang diri.


"Ah, tak kuasa aku membuang pandang ke arah si Barniyah tu!" 

Begitukah?

Jika kita boleh telek diri sendiri sambil tersenyum-senyum,.. Aku ucap tahniah! Anda memang sayangkan diri anda! Mungkin juga bererti orang lain juga begitu!

Eh, masih tak percaya? Tak faham apa yang aku sampaikan? Mari aku buktikan!

Cuba kita setiap hari cakap depan cermin;

"Barniyah, aku dah banyak buat salah kat kau. Kalau senaraikan pun rasanya boleh buat novel. Maafkanlah aku dari hujung selendang blink-blink ni ke hujung kasut tumit tinggi, ya? Terima kasih atas segala kebaikan kau selama ni. Kau memang baik."

[Contoh ya, contoh..]

Bayangkan, setiap hari kita cakap macam tu. Setiap hari! Lama-kelamaan, automatik mindset kita jadi begitu. Jangan sesekali kritik diri dan membanding-bandingkan diri dengan orang lain!

Nanti confidence level kita jatuh. Kita selalu menggangap diri kita ini malang. Tak berguna. Cuba bersyukur dengan apa yang kita ada! Jangan pandang yang lebih bertuah, pandanglah yang lebih malang dan bersyukurlah.. (Kecuali dalam soal pelajaran okey!)

Satu lagi kelemahannya, kita akan jadi marah pada diri.


"Kenapa aku tak macam mereka? Kenapa aku ni bodoh sangat!?"

Then, perlahan-lahan perasaan marah itu bertukar menjadi benci pula.

Bila kita bencikan diri, apa orang cakap fasal kita pun tak peduli kan? Contoh,


"Kau ni dah lah bodoh, hodoh pulak tu! Ah, memang nasib kau! Padan muka! Aku dah tak kisah apa orang nak cakap pada kau dah!"

Ayat terakhir dia~ Dia sudah mengaku! Right? But when kita sayang sangat-sangat pada diri kita,

"Barniyah, aku sayang kau to the moon and never come back. Kau ni walaupun tak cantik, tapi kau tak cacat. Mata kau bulat, kulit kau cerah.. Aku tak nak ada orang berani cakap buruk fasal kau. Aku tak nak kau disakiti dan nama kau tercemar."

Walla!~ Bila kita sayangkan diri kita, kita tak mahu rekod mereka buruk kan? Jadi kita berusaha to be the best among the best! Slowly, orang lain pun suka perangai kita dan sayangkan kita sebanyak kita sayangkan diri kita! ^_^

"Anda tidak mungkin dapat mengubah dunia, jika anda belum mengubah diri anda dahulu." 

---

Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. 

Lalu aku sedar, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku sahaja.

Ketika aku sedar bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mulai berusaha mengubah bandarku. 

Ketika aku semakin tua, aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku.

Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. Aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.

Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti dapat mengubah keluargaku dan kotaku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini.
Kawan, tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini seadanya.

---

p/s: Maaf sebab entri ni macam merapu dan panjang sikit~ >_< 

3 comments

  1. i like this entry so much especially when you touch abouck lack of confidence issue.......elok sgt lh saya baca entry nih sebab level confident saya kdg2 down! T_T

    ReplyDelete
  2. nice sharing. selalu jugak tengok diri sendiri kat cermin, walaupun tahu diri tak sempurna mana (well, nobody perfect) tetap rasa bersyukur. Alhamdulillah. Sayangkan diri sendiri dahulu (:

    ReplyDelete