20141121

Liebster Award #12 - Namy

Assalamualaikum and Peace be Upon You ✌


Zaman bila kak Namy bagi ni.. Baru nak jawab. Suka hutang lama-lama. =3= Eh, better late than never kan? :p



1. Mention blogger yang calonkan anda & letakkan link blog beliau ke dalam post anda
2. Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau. 
3. Calonkan 11 bloggers lain yang anda tengok followers kurang dari 1000. 

1. Antara Sahabat & Cinta siapa lebih Utama?

Keluarga. :p (Orang tanya A ke B dia jawab C. -_- Budak ni memang selalu macam ni. Maaf ya kak Namy!)

Sebab? Kalau sahabat.. jarang ada yang betul-betul sejati, berjanji sehidup semati. Jarang sangat!

Lagipun memang aku ni tak pandai berkawan. Susah sebanarnya nak jadi sahabat aku. :) (Maksud - kawan, sekadar orang yang tahu nama. Contoh, classmate. Sahabat, orang yang membuatkan kau selesa, dan be yourself bila dengan dia.)


Kenapa bukan cinta? >.< Actually aku tak pernah selesa kalau dengan lelaki. Walaupun dia ayah aku sendiri! Kalau berdua,.. Rasa lain macam. Lol. -_- Jangan haraplah boleh bercinta. Setakat tenung dari jauh bolehlah...

Nampak? Dua-dua tak boleh. So.. Keluarga je lah. I mean, the whole family. Not just men. :p

2. Ciri - ciri suami idaman?

Of course, yang boleh bimbing ke syurgalah, InshaALLAH. Er.. Terlalu awal bicang fasal hal ni. Rasa malu pula. Next question please! >///<

3. Candle light dinner bersama Hafiz Awan Nano atau Lee Kwang Soo, jika diberi pilihan?

Tak nak dua-dua. T^T (Lihat jawapan nombor 1.) Tapi kalau bukan candlelight dinner, I mean macam fan meeting biasa, I prefer Kwang Soo. :] Maklumlah, peminat tegar Running Man. Furthermore, he's gentleman, not arrogant nor ego, friendly, and funny. :)

4. Perempuan atau Lelaki yang lebih melecehkan?

Lelaki. Yelah, fikiran berbeza. Banyak perkara yang tak sependapat. But.. It depends jugaklah. Aku cakap mostly je tu.

5.  Filem Melayu, Hollywood atau Bollywood lebih awesome?

Aku tak suka tengok filem. Kalau tengok pun, aku tak ikut genre. Asal best, 'belasah' je lah. :p

6. Jika terjumpa RM10,000 dihadapan pintu rumah, apakah yang awak akan lakukan?

Bagi polis. ^_^ Mana tahu, kalau tuan punya duit tu pemurah dia bagi habuan sikit. :p (Terserlah ketidak-ikhlasan-nya di situ. Jangan tiru aksi ini di rumah, sekolah, tempat kerja mahupun stesen minyak.)

7. Ceritakan tentang rumah Idaman awak?

Ada swimming pool, great scenery, strategic place. :D Paling penting, mesti dengar azan dan bebas dari gangguan jin. Barulah isi rumah sentiasa harmoni dan jarang bergaduh. ;) (Ada ke orang bergaduh dengan barang? Ada, it's me. Huhu, lel.

Selalu bergaduh dengan laptop ni sebab sensitif sangat. Sekejap detect internet, sekejap tak. Padahal abang aku selamba je main internet depan aku yang tak dapat ni. Cis~!)

8. Jika saya seorang Perdana Menteri...?

Saya akan serah jawatan tu pada mereka yang lebih layak. :) Tak mahu ambil risiko, pegang jawatan yang banyak tanggungjawab. Risau jika tak laksanakan dengan baik, diterima hukuman di akhirat nanti. Lagipun perempuan mana boleh jadi pemimpin kan? :p

9. Saya tidak sabar untuk...?

Terbitkan novel sendiri!! >w< (Tapi budak ni tak pernah berusaha. Ikut musim pula. Selang 3 bulan baru aktif tulis manuskrip. Mana nak siap macam tu. -_-)

10. Sasaran hidup 10 tahun akan datang?

Sudah bergelar seorang novelistar yang berjaya. :] Dan harapnya dah ada rumah sendiri. :D

11. Teringin hidup berjiran dengan....?

Entahlah~ Asal bukan dengan penagih dadah/mat rempit/pelacur sudahlah. Semoga jiran itu juga tiada anak yang bising tengah malam. XD

Ok, done! And it's 5:17 in the morning now~ =p (Ketika ayat ini ditulis.)

p/s: Aku tak ikut syarat nombor 3 sebab sekarang dah lewat sangat. Tak sempat cari orang. Bunyi alarm kedengaran di setiap penjuru rumah. '-' Nak tutup laptop ni, sebelum orang perasan tak tidur lagi. >.< K bye.
 

2 comments

  1. haha , sama macam anis , suka hutang hutang . lewatnyee tidurrr

    ReplyDelete
  2. Saya pun nak jadi novelis :D

    ReplyDelete