20150110

Art Trade: Nabihah Ahmad

Assalamualaikum and Peace be Upon You ✌

Seperti yang diberitahu di entri yang lepas, aku berhasrat untuk ber'art-trade' dengan kak Nabihah Ahmad. Sebenarnya aku sudah lama stalk beliau, tunggu dia aktif. Kemudian bolehlah aku menunaikan hasrat suci murni yang sudah diperap sekian lama ini. Cenggitu. =3=

Baik, tidak tahu apa yang patut dibebelkan di entri kali ini, straight to the point saja ya. (Sebenarnya aku sedang dalam mood kemalasan yang teramat untuk melakukan apa jua. Penat melukis seharian semalam pun belum habis lagi. =w= *I'm sleepy right now* Tak ada semangat langsung waktu menaip ni.)

Rasa mahu tidurrrrrrr.. Dan hantar doodle ini esok. Tapi tak boleh. Cuti sekolah hampir habis. Di sesetengah negeri, esok sudah mula sekolah. Jadi, aku perlu beri awal sikit supaya kak Nabihah sempat balas sebelum bermulanya tahun yang panjangggggggggg~

As always. ONLY FOR HER. *Sebenarnya ada ke yang nak ambil, buruk macam ni? =3=*

Before that, this doodle seems familiar? Well~ Itulah doodle di header Kak Nabihah. Tidak ada niat untuk tiru pun pada awalnya. Cuma bila mahu meng'detailkan', baru sedar tiada idea untuk fesyennya. Dan rujuk balik lukisan asal (sketching), lebih kurang sama dengan header beliau. 

Jadi~ Apa salahnya, kan? Bagi mereka yang belum tahu, ini header sis Nabihah. (Printscreen)



Serius, sangatt comel~! Teringin mahu lukis macam ni, tapi tak mampu. Ngee~ ^w^ ♥

---

Baik. sebenarnya idea asal mahu buat doodle itu termenung, dengan tangannya diletak di atas meja. Tapi bila mahu letak meja itu punyalah susah, sampai akhirnya buat macam ini saja. Letak tangannya atas kerusi. Mujurlah ada background macam ini. Huu~

Yalah, bila drag kedepan sangat (Aku guna gambar saja. Malas mahu lukis. Ohoho.) tak nampak baju. Bila ke tepi sangat pun serba tak kena. Loteh den adjust tetap kurang memuaskan. 

---

Ya, aku tahu, doodle ini tembam dan 'agak' gemuk. My big sis itu bila aku sudah mulai mewarna baru mahu beritahu. (Padahal dia sudah lama tengok) (Aku tak perasan kerana telah mengalami satu simptom di mana jika merenung terlalu lama ke arah sesuatu, semakin sukar untuk membezakannya. [Samada cantik atau tidak] Dalam komik Detective Conan kata 'keruntuhan imej'. >_<)

Dah malaslah nak edit semula. So, sila redha ya sis. T^T

Bagi background itu pula, aku amat beruntung kerana jumpa background yang sesuai. Aku pun tak sangka background sebegitu wujud. Hanya taip beberapa kata kunci, dan kaboom! Eh padanlah pula. =3

---

Maaf entri yang membosankan. Aku terlalu malas dan mengantuk sekarang ni. Mahu cepat publish, dan tidurrrrrrrrrrr~ K bye. Hope you like it, sis Nabihah! ^^

12 comments

  1. Thanks dear. Suka <3 Nanti akak balas okay :)

    ReplyDelete
  2. Cantik ! keep it up dear. Oke la tu pandai buat doodle. kite x reti langsungg. huu..

    ReplyDelete
  3. Berseni n cumilll..!!!!
    Papaglamz singgah dan follow kat sini.
    Jom terjah papaglam

    www.papaglamz.com

    ReplyDelete
  4. doodle awak makin lawalah! suka tengok. <3

    ReplyDelete
  5. cantik blog :-)

    ReplyDelete
  6. saya suka art jugak,cantik :-)

    ReplyDelete
  7. Hana follow back sini!! ^^ Thank u sudi follow blog Hana!! Holla kawan baru hehe :D

    ReplyDelete
  8. oh saya takde acc Disqus tu and gambar tu gambar saya saya dengan kawan saya. kenapa ye hehehehe

    ReplyDelete
  9. jealous sgt dan org yg pandai doodle cecantik n comel ni.

    ReplyDelete