20141209

Cetak Rompak

Assalamualaikum and Peace be Upon You ✌

Bercakap tulis mengenai cetak rompak, aku ada kisah nak dikongsikan.

------

Abang aku pernah nampak aku buat 'kerja' (Buat vector guna SAI) sambil baca komik Doraemon tepi aku (I know right...)

Tiba-tiba tak ada angin, tak ada semut ribut, dia tanya.

"Sofware apa ni?"

Dan aku pun jawab sambil mata masih termagnet [?] kukuh pada skrin laptop,

"Paint Tool Sai."

Dia kemudian bertanya lagi,

"Awak kat mana, awak awak kat mana." Eh, salah taip [ke-kononan!]
"Free ke?"

Aku waktu tu tengah khusyuk bekerja (sangat!). Jadi, aku cuma jawab;

"Taklah. Ada orang buat crack dia kat internet."

And he was like...
*judgemental face*

So aku pun macam try nak defend (huh?),

"Dah, tu? Mahal lah! Siapa nak belanja?"

Tak sampai satu saat tunggu jawapan, abang nombor dua ku ini terus balas,

"Kalau tak mampu tak payah beli..."

Lalu dia terus bangun dan pergi dari situ.

-----

Dia ni sengaja nak buat aku rasa bersalah ke apa? Hmm.. Yalah, sejujurnya aku pun rasa bersalah. Seolah-olah makan duit haram (Erk!?) Okey, aku masih tak berjual beli lagi. Tapi, tetap. Cuba kau fikir kalau kau di tempat mereka?

Siang malam bersengkang mata, siapkan sofware ni. (Or, untuk kau,.. apa yang kau gigihkan sangatlah. Like me, my artwork. Like novelist, their novels...)

Then tiba-tiba someone just copy and paste, then re-upload it. And they don't have to pay it at all! (Okey, mungkin pen'cetak' yang pertama bayar.. Tapi rugi tahu. Macam memancing ikan umpan yang mahal gila tapi sekor saja yang datang. What do you feel?)

-----

Aku pun pernah terbaca, ada sorang abam ni gigih melukis 24 jam sehari, tapi tiada yang beli karya dia. Dia buntu, dia pun datang pada seorang ustaz untuk seek advice. Bila ditanya, rupa-rupanya dia guna sofware cetak rompak.

Ustaz tu pun suruh dia beli secara halal, dan serta-merta karyanya jadi popular pula. Lagipun kalau dapat keuntungan melalui sofware cetak rompak hukumnya sama seperti makan duit haram, tak gitu?

So,.. moral of the story?

-----

Maybe ada yang membaca ni macam..

"Eleh, nasihat orang! Kau tu buat juga kan?"

I know, I'm still using Paint Tool Sai illegally.
And I'm really not proud of it.

Macam orang tak berduit pula. Tapi, you'll know kan, aku masih budak sekolah. Don't know how to approach my parents about this. Nanti aku dilabel ikut jejak abang nombor satu aku.

-----



Dia belajar tak sampai universiti, dan di sekolah dulu, mengikut penceritaan parents aku, nakal dan kerjanya melukis je. Sampai ada guru yang complain. And now,.. Aku jumpa dia berapa kali je sehari walaupun tinggal satu bumbung.

Dia tak ke mana, tak kerja, dah tua-tua pun masih di tanggungan mak bapak. Okey, dia ada kerja. Ambil commission melukis online. But that's his only job. I mean, lukis satu tu sampai dua angka (Dua angka=00) jam, dan bayaran satu tu around 50-100 riggit. I don't really know.

Dan selagi kerja tu tak siap, selagi itulah dia terperap dalam bilik.

Cuba bayangkan kalau melukis itu sekadar part time, dan dia ada kerja tetap? Mesti sekarang dah boleh sewa rumah bajet. Atau mungkin dia tak nak berpisah dengan parents kot, hehe.

Dah lah tak kahwin lagi. Sedangkan abang nombor dua aku pun nak kahwin tahun depan, InshaALLAH. Langkah bendul namanya!

-----


Opss, terlebih sudah. Ni melencong topik lain ni. -_-'

InshaALLAH, kalau aku dah besar sikit mungkin parents aku belanja. Mungkin waktu ni mereka tak berapa percayakan aku. Nanti, beli mahal-mahal tak digunakan.

Panjanglah pula. Dah bosan baca aku membebel kan? Nah, tengok video. ^v^


p/s: Wahaii sis Anis. Just in case akak baca perkataan ni. Jap ye, belum mula buat lagi vector. Sedang berebut laptop dengan kakak sorang tu. =_=

p/s(2): Scheduled post, like seriously ada ke yang baca ni pukul 3:58 pagi [ketika entri ini ditulis]? =_= {Imsomnia}

p/s(3): Aku tulis ni umum je tahu, jangan ada sesiapa sentap pula. Sejujurnya tiada niat langsung. Cuma nak huraikan rasa bersalah bila dengar perkataan abang aku tu je. =_=

p/s(4): Siapa perasan setiap kali habis p/s mesti ada muka ni? =_=

p/s(5): Memang persoaliti aku agaknya, setiap kali taip entri mesti banyak p/s kat akhir dia. =_=

Okey, okey.. Stop! Selalu tak update, tapi kalau sekali taip tak boleh berhenti. Stop lah tangan!

Tata.

7 comments

  1. bagusnya olahan adik..! sampai pesanan
    tersentap dgn kisah sorang abam yg pi jumpa ustaz,

    ReplyDelete
  2. Nasihat yang sangat bagus. Saya pun ada guna perisian seperti photoshop yang cetak rompak tapi takdelah sampai membuat perniagaan dengannya.
    http://atrix96.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. wah memang menarik sungguh perhatian baca entry ni. *0* Sebenarnya tersentap jugak sbb pernah download pain tool sai kat pc..tapi dah delete balik. Guna je lah photoshop yang mmg dah ada dlm pc ni sejak azali lg... Lama jugak tak mai blog ni.. Seriously memang menarik.. Vector tu apa erk?

    ReplyDelete
  4. eh, paint tool sai kena bayar ke? akak download kt blog wan hazel free je :O taktaulah pulak...

    ReplyDelete
  5. Betul tu ! Tak baik cetak rompak hmm .

    btw jom singgah blog Lia ! ade entri baru ehhehehehhe

    ReplyDelete
  6. Banyak p/s tu. Banyak cerita la ni kan. Macam anis sendiri! Oh yeah! You're forgiven. ala sis tak rushing lansung

    ReplyDelete