20141009

Merdeka! (...Ke?)

Assalamualaikum and Peace be Upon You

quote about book

Akhirnya.. Tamat semua paper. Bagi mangsa-mangsa UPSR yang lain, ini bererti merdeka. Namun tidak bagi manusia seumur yang bernama Barniyah Ammara. Memang lega sebab satu perkara sudah selesai. Rasa macam dah hilang batu besar atas bahu.

(Seksa okey berenggang dengan my beloved laptop! -_- )


Tapi! Itu baru satu batu besar. Ada lagi satu. T^T Masih belum boleh berdiri tegak dan menjalankan aktivirti sehari-hari. (Apakah yang dimerepekkan? Okey, ringkasnya macam ni, masih belum menjalani kehidupan seperti sedia kala!) Apakah ia?


Banyak.. antaranya;

  • Makeover blog (Sebab nak tukar ke Simple Template, senang. Tapi bila tukar template semua HTML asal hilang. Alang-alang tu, baik bertukar rupa terus. Tuan blog sendiri dah naik bosan dengan header, background, widget dan semua yang sentiasa sama sepanjang masa. -_-)
  • Siapkan Liebster Award dan giveaway! (Maaf anda-anda! T_T Sedang dalam proses. Maaf, otak belum siap loading. (Apa kena mengena? :| ) 
  • Buat giveaway (Hanya perancangan. HANYA PERANCANGAN! Belum confirm lagi. Tengoklah nanti.)

And the most important task;

SIAPKAN MANUSKRIP DIARI ANEESHA SEBELUM BULAN NOVEMBER 2014! TT_TT

Memang dari bulan 3 (waktu mula-mula menulis) sasarkan nak terbit sebelum 2014. Tapi dah akhir-akhir tahun ni baru siap 1/2 (Al-maklumlah kena study etc), jadi redha saja lah. Tak mungkin terbit sebelum 2014 punya!

Dan dengan rela hati, tukar target untuk siapkan dahulu manuskrip tu. T_T Terbit ke tidak, belakang cerita. Aduh, sudahlah baru tulis tangan. Harap-harap sangat sempat buat softcopy sebelum tarikh keramat tu. Amin! =)

Jadi, mungkin banyak hari (Banyak hari, bukan lama. Beza tu! =P) tak update. Nanti lepas siap Liebster Award / Giveaway yang kena tag (tak elok hutang lama-lama!), berusaha taip 30 Days Blog Challenge pula, dan scheduled kan. Tak nak blog ni bersawang. Tipulah kalau kata tak on. Memang akan on @ curi-curi on punyalah! Tapi tak sure sempat update ke tidak. Tunggu dan lihat. ;) )

Aja aja hwaiting Niya Amani(my pen name. :3)!! ^_^

Till then.

p/s: Dah lama separuh siap dalam draf, baru nak siapkan dan publish. :p

6 comments

  1. yeay..! bulan depan dpt result,sekian..ekekeke.. tawakal naaa...! hehe..settlekan yg tertunggak one by one..

    ReplyDelete
  2. utamakan yg lebih penting dahulu.. hehe :D Semoga dipermudahkan segala urusan :D

    ReplyDelete
  3. seronoknya dah merdeka... gud luck untuk resultnya nanti

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #9. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/10/senarai-url-blog-9.html dan pemenang bertuah telah diumumkan di http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html

    ReplyDelete
  4. baru kak gee perasan, muda sangat umur awak ni.. hehe.. =)

    good luck for upsr result.
    dah buat yg terbaik kan?
    banyak2 kan tawakkal ye ^^

    ReplyDelete
  5. moga dapat apa yang di harapkan~ ^^

    ReplyDelete
  6. Dapat keputusan apa? :v Me,4A 1B.Tulis kat chat Facebook ye :)

    ReplyDelete