20140902

The Versatile Blogger Award

Assalamualaikum and Peace be Upon You

Eh, manusia seorang ini active lagi nampaknya? Hari tu kata nak berhiatus? Musim belum sampai lagi, lalala~ =P

Bercerita tentang award ni, saya pun tak sangka blog setahun jagung ni boleh dapat award. T_T Versatile pula tu. Baik, blog ni memang versatile sikit sebab tiada genre (masuk bakul angkat sendiri~ >_<).

Anyways, thanks to Pari-pari Peliks yang tag blog lama saya yang dah berusia 2 tahun. Disebabkan blog lama tu tak boleh sentuh, saya jawab di sinilah ya. Sekali dengan yang kak Wawa tag. Baik betul kak Wawa, banyak tolong saya dalam dunia blogging ni. =D

Update: Eh, abang Sham tag juga? =D
Update (2): Baru perasan kak Fatyn pun tag juga rupanya~ Sorry! =3

Update (3): And! Kak Sinuha. :D



Syarat

  • Thanks to the person who give you this award (done!)
  • Include a link to their blog (done!)
  • Select 15 blogs you've discovered/followed regularly (not yet!)
  • Nominate these 15 bloggers to this Versatile Blogger Award (not yet!)
  • Tell the person 7 things about yourself (on the way!)

~7 Perkara yang Anda Tak Tahu Tentang Saya~

1. Tak Pandai Explain



Huhu, memanglah kelemahan yang utama. Setiap kali bercakap (ataupun menulis), selalu sahaja orang akan tersalah faham (Pernah tak anda rasa begitu?). Cakap pun tunggang-langgang. Jangan kata saya menaip lurus ya. Putar belit juga, macam ular kena palu! Kalau ada yang rasa penyampaian saya mudah faham maksudnya dah kena edit beratus kali dah tu. =P (Saya selalu gelar lidah saya senget. Huu~) Oh lagi, jika bercakap, seringkali tersasul. Durian jadi Doremon (Ya, ejaannya salah kerana memang selalu dipanggil begitu.) Kucing jadi Cacing (Teruknya! Macam langit dengan bumi!)

2. Pendengaran Tak Jelas

Gambar ini antonim okey daripada tajuknya~

Ini pun antara kelemahan terbesar saya juga. (Eh, ini lebih kepada senarai kelemahanlah pula!) Banyak kali memalukan diri sendiri dan buat orang bengang. Kesian siapa yang cakap dengan saya, kena ulang banyak kali. T_T Paling malu, pernah sekali cikgu tanya "Siapa minum susu mak lagi" saya pergi angkat tangan. Saya dengar "Siapa minum susu setiap pagi". Kemudian baru ada kawan beritahu. Waa malunyaaa!!~~ >/////<


3. Optimis VS Pesimis 


Hua hua hua.. Kelakar tak? Tak? Wuu~ Y_Y Okey abaikan. Saya boleh jadi optimis dan saya juga boleh jadi pesimis. Pesimis dalam hal ini bermaksud judge orang hanya dengan sekali pandang. Teruk kan? Saya memang tak boleh kawal. Selalu judge orang sesuka hati dan jantung. Tapi bila ditimpa musibah (musibahlah sangat~ Okey masalah ya, masalah.) saya akan berfikiran positif (masuk lif tekan sendiri, lalala~); masih banyak peluang di dalam dunia ini. Melambai-lambai! Jadi, saya dengan senang hatinya melupakan masalah itu. Papai masalah~

4. Berangan


Siapalah yang  tak pernah berangan? Saya yakin semua orang pernah berangan kan, kan, kan? Tapi berangan saya ni supernatural punya. Dalam tandas, baca buku, tengok tv, waktu orang tengah bercakap pun boleh berangan! Kemudian saya tak boleh tidur tanpa berangan. Lawak betul, tiap malam berangan (dalam mimpi) jadi novelistar dan jadi guest dalam Running Man~ >_< *Moga menjadi kenyataan, Amin.

5. Music Is My Life


Without music, I'll have a very dull and boring life. Kalau memang dah tak boleh dengar muzik langsung pun, guna suara sumbang ni pun cukuplah~ Saya hafal beribu lagu, tapi bahagian korus sahaja. Yang ingat lirik penuh? Huh, boleh kira dengan jari (termasuk jari kaki, harap maklum)!

6. Mula Dari Belakang~

I&#8217;m writing my first book!

Ini fasal saya yang paling pelik dan rasanya rare sungguhlah. Kalau homework contohnya berlambak, saya mula buat, penuh berhati-hati tapi kalau rasa dah macam stuck pada satu soalan, saya mula dari belakang. Hehe~ Yalah, saya ni kira orang yang mementingkan kesempurnaan jugalah. Nama orang pula, kalau panjang sangat contohnya Zulaikha saya panggil Ika, lalala~ =D

7. Koleksi & Suka Menyusun


Suka mengumpul. =D Ada koleksi setem, buku nota, patung, skarf, kucing, novel, gambar (dalam laptop), surat, keychain, dll... Saya juga suka menyusun dan mengemas ikut label/kategori. Contohnya gambar kucing dalam satu folder, and so on. (That's why saya ada page khusus untuk satu-satu perkara.)

~15 Blogger Terpilih~

(Saya pilih mengikut orang yang terbaru yang follow blog ni dan tak buat lagi award ni dan beberapa lagi sebab untuk saya tapis~ =) ) *Mohon yang ditapis tidak terasa*

  1. http://duniaaqumong.blogspot.com/
  2. http://studentkecik.blogspot.com/
  3. http://www.opzzpinky.my/
  4. http://www.mialiana.com/
  5. http://syahirahvaliant.blogspot.com/
  6. http://myimpiannaad.blogspot.com/
  7. http://ummisyafiqahfarhana.blogspot.com/
  8. http://notashalimar.blogspot.com/
  9. http://luvmomoiro.blogspot.com/
  10. http://dewqracintakita.blogspot.com/
  11. http://safwahsblog.blogspot.com/
  12. http://coretancikfafa.blogspot.com/
  13. http://kasihlestariabadi.blogspot.com/
  14. http://norazua10.blogspot.com/
  15. http://the-mistletoe-baby.blogspot.com/

13 comments

  1. haha.. kelakar lah yang no 2 tu.. kiki.. minum susu ibu lagi ye dik? hihihihi

    ReplyDelete
  2. Hihihi comel je awak. terima kasih tag anis, Pic yoo ! : D

    ReplyDelete
  3. @miss wawa

    Malunya masih bersisa okey~ :p

    @anis Sk

    Memang saya comel pun~ *muntah darah*

    ReplyDelete
  4. Menarik tentang diri awak yee. hihihi. Thanks Tag. Kejap lagi kitee buat yee. :)

    ReplyDelete
  5. selamat bersegmen

    Singgah blogwalking dari blog kak Mia :)

    Happy weekend!

    Jemput singgah
    http://www.azhafizah.com/

    ReplyDelete
  6. wahh pelik tp kita sma, saya pun suka mula dr blkg, thnks for tagged me :)

    ReplyDelete
  7. sorry cik barniyah ammara. saya baru perasan your tag. nanti saya update ya. =)

    ReplyDelete
  8. alamak... kena tag... tengok lah nanti ya. tq so much..

    p/s: Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #8. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/09/senarai-url-blog-8.html

    ReplyDelete
  9. salam kenal :) part mula dari blkg tu, sy kalo baca majalah suka mula dr blkg hehehe

    ReplyDelete
  10. kena tag juga segmen ni belum sempat nak respon :)

    ReplyDelete
  11. Haha no. 2 comel la :3 Sama laa.. kalau ta berangan tak boleh tidur xD No. 6 dan 7 kita sama :D

    ReplyDelete