20140808

Update: Finally Cute Navigation!

Assalamualaikum
Hello wello~ Yeay! Nampak tak icon yang boleh tahan comel bawah header tu? Kalau tak, nah! Besar gedabak engko! Huhu..

Newbie yang excited. Siap printscreen! ><
Tujuan post ini ialah saya akan menceritakan kisah pembuatan icon yang boleh tahan comel tersebut. (Macam ada orang mahu tahu!) Kalau tak mahu tahu pun tak apa, sebab saya tulis ini sebagai arkib. Kenangan. :) Bila sudah popular nanti orang boleh baca (perasan!! >_<)

Di malam.. Yang sepi pi pi, Pak Mat jual topi pi pi...Waktu tak boleh tidur tu rasa bosanlah pula. Internet sudah timed-out (kena tutup) Rancangan TV pula semua yang bosan (maklumlah, tiada Astro. T_T) Tengah selongkar laptop, tengok apa boleh buat.. Main game ke.. Tapi game semua sudah habis main! Menyesal habiskan awal-awal T_T

Tanpaku disedari, air mataku mengalir~


Semula ya. Saya memang begitu, tak pernah boleh serius! >< Kecuali ketika makan Main klik sajalah apa-apa. Cuba conteng conteng di Paint Tool Sai~ akhirnya.. Eh, jadilah pula. Edit sana, edit sini, warnakan.. Eh, comellah pula. Warna pula saya sengaja selitkan warna tema blog ni, perasan tak? Pink pastel dan biru cerah. ^^ Kebetulan (bukan kebetulan sebenarnya. Saja mahu kasi cerita gempak.) pada waktu itu juga saya sibuk memikirkan macam mana mahu bagi cantik Pages itu. Yalah, cuba tengok.. dia ke tepi. Takkanlah kena buat pages banyak-banyak untuk bagi seimbang?

Tutorial Bloggers untuk cantikkan Pages itu sebagai Navigation memanglah banyak. Tapiii Blogger ini sewel tak betul sikit. Contohnya macam ruangan Credits saya tu, kalau klik mana-mana link kebanyakannya akan keluar ini kan?

Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.
Nampak? Tak boleh keluar dari URL blog sendiri. Blogger akan buat macam ni.
dianeeya.blogspot.com/tutorial.blogspot.com
Contoh ya, contoh.. Puaslah fikir (tipu lagi!) macam mana untuk selesaikan masalah ini. Tapi tetap tak boleh. Ya udah, bahagian link itu saya buat macam ni.
/p/contoh.html
Faham tak? Nanti dia keluarlah macam ni.
dianeeya.blogspot.com/p/contoh.html
Untuk home pula saya tak tulis apa-apa. Biar bahagian link itu kosong. Saya memang bijak! B] *senyum bangga nampak gusi*

p/s: Khusus untuk post berlabel 'Update' ini, saya tampilkan rupa blog ini awal-awal dulu. ^_^

Nampak descriptionnya? Sekarang Alhamdulillah novel sudah siap separuh. c:


1 comment

  1. salam ukhwah. :)

    comell art tu. ehehe. saya pun selalu jugak main paint tool ni. XD
    kalau time rajinn, lukis la apee2. hehehe.

    ReplyDelete