20140821

Segmen Blogwalking: When I Was A Kid by Aina Akmal

Assalamualaikum and Peace be Upon You

http://i.imgur.com/vKKvIQA.jpg
//Klik sini untuk join.
Haha, nak cerita time budak-budak? Saya budak-budak juga, huhu~ 12 tahun dan ke bawah ialah kanak-kanak, okeyy. :p Secara saintifiknya saya baru 11 tahun. B| Okeylah, saya tafsirkan maksud kid di sini ialah anak kambing waktu tahap 1 ya? :D

Susah. Memang susah. Keningku sudah bertaut tatkala membaca syarat segmen itu. Menceritakan hal waktu kanak-kanak? Manalah aku ingat! Kalau ingat pun kabur-kabur, sekabur waktu ketika jerebu teruk melanda Malaysia dulu! Menyesal aku tak catat diari. Bukan apa, tulis dalam diari ni sakit tanganlah. Terseliuh. Yalah, sekali aku tulis, beribu-ribu perkataan keluar. Tiada brek. Okeylah, berhenti merapu. Straight to the point.

Nasib ada satu cerita ni, yang tak berapa nak 'daebak', tapi cukup untuk membuatku teringat bertahun-tahun hingga ke hari ni. Menyesal tak sudah. Kenapa? Yalah, ada ke patut aku pergi merajuk tengah-tengah kedai tu? Tak malu betul!

Waktu tu aku rasa aku 8 tahun kot. Ke 9. Entahlah. Main agak saja. Kami sekeluarga memang jarang bercuti, dek kerana kesibukan ibu bapa. Namun, ada sekali ayahku membawa kami ke sebuah taman tema air bersama keluarga besar (tak adalah besar sangat, takat tok dengan mak cik & keluarganya dan pak cik. Aku pun, seronok bukan main!

Masa dah nak balik tu mulalah penyakit tetap aku waktu kecil dulu; penyakit merajuk dah datang. Biasalah, budak-budak nak dapat sesuatu macam-macam sanggup buat. Aku ni jenis yang begitu menghargai memori. *Cehh* Oleh itu, macam-macam koleksi aku ada. Contohnya; key-chain, buku, patung, skarf, permata palsu... (okey tu kira koleksi lain. Bukan yang bila melancong punya)

Kami kena balik cepat, nak kejar Zohor katanya. Aku mulalah tarik mak ada pergi kedai cenderamata. Mak aku bagi, tapi sekejap saja had masanya. Disebabkan nak cepat, mak aku pun main rembat (tengok harga dululah) dan tunjuk kat aku. Waktu tu, kalau buat apa-apa kena ada persetujuan aku dulu. Aku kan 'budak degil'. Haha.

Dan si budak degil (akulah tu) merangkap si budak cerewet dan si budak memilih (banyaknya kelemahan, lol. Tapi percayalah, aku dah berubah! :p) terus berkata no tanpa hesitation (Kecil-kecil dah pandai speaking.. Hebat tak? >< ).

Setelah meronda berapa kali round kat kedai tu (dah nak dekat 2 jam) sampai mak aku pun dah naik angin. Ada jugalah beberapa pelancong yang pelik asyik tengok muka aku saja. Mungkin mereka ada terlintas di fikiran "Lost kid?" Huhu. Mungkinlah. Yalah, aku explore every nook and corner lantas meninggalkan keluargaku jauh ketinggalan di belakang. :P

Akhirnya mak aku paksa balik juga. Tapi aku still kata no, selagi belum jumpa benda nak dibawa balik. (See? I told ya I'm a very passionate and stubborn person, until now. >< ) Aku buat kata putus; rantai tempurung berharga RM30. Sangat kecil, hanya dibuat menggunakan benang, tempurung, manik dan double-sided tape. Dia main lekat-lekat, then jual dengan harga RM30. Huhu. Selayaknya berharga RM3 di pasar malam! Aku rasa target di tourist yang baru tukar mata wanglah.. Lagipun taman tema air tu baru dibuka. Kenalah ada modal *bersangka baik

Setelah berdebat selama 1 jam lagi, (bukan berdebat sebenarnya. Aku just berdiri dan menangis di sana. Tak mahu balik. Dasar budak degil!) (oh ya, mak cikku dah balik waktu tu, tak larat nak tunggu aku yang mengada ni) ayahku yang dah putus asa akhirnya bagi beli. Tapi bila dah diberi peluang macam tu, aku jadi tamak. Dimintanya pula topi koboi pink blink-blink berharga RM40. Yang bermaksud, ayahku telah membazirkan RM70 yang boleh beli handphone terpakai satu. (Dasar budak tak malu! Adik sepupu jauh lebih muda pun ikut saja mak cik aku balik. Tak ada pun merayu suruh beli macam-macam)

Rantai RM30 dan Topi koboi RM40 itu akhirnya menjadi perhiasan.. Dah tak disentuh langsung. Pantang ada keluarga nampak rantai/topi itu dan aku pada waktu yang sama (means aku macam duduk tepi tu lah), selalu mengungkit.. Sampai sekarang. Setiap kali aku tengok pun aku rasa bersalah. Huhu T_T )

Wah! Ini memang cerpen. Padahal kak Aina nak tulis pendek-pendek saja. Ampun!! Saya dah kata bila tangan mula sentuh keyboard, memang macam Formula 1. Tak boleh berhenti. T_T )

18 comments

  1. baru 11 tahunn? Mudaanyaa! Hehe. memang still kid la kan? :3 hahaha. akak kalau merajuk punn bila dah kena pujuk dengan ayah. meltingg. XD

    thanks sebab join dik. boleh check nama adik dekat sini. ^^

    http://nurainahanis.blogspot.com/2014/08/senarai-peserta-segmen-blogwalking-when.html

    ReplyDelete
  2. @Aina Akmal

    Oh yeah, still kid. Tapi ikut tahun dah 12, cuma belum birthday. Haha~ >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboiih. Upsr lah ye tahun ni? Good luckk sayang. Hehehe

      Delete
  3. Alahai.. baru 11 tahun kee?? hihihi.. btw selamat bersegmen adikk :D

    ReplyDelete
  4. Kantoi nak UPSR masih menghadap laptop~ >_< Thanks kak Aina~ :D Btw akak sebaya dengan kakak saya. *tiba K bye ><

    ReplyDelete
  5. Biasa la, masa kecik kak pun degil jugak. Kalau tak dapat mesti mogok. hehe

    Btw, kak dari segmen yang sama. =)

    ReplyDelete
  6. wahh muda lagi. haha pandai adik buat ayat :D

    http://the-astraphobia.blogspot.com/2014/08/segem-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

    ReplyDelete
  7. hai adik hehe..lawak betul ..biasala..jiwa kecil :D
    akak dulu pun gitu je la.. hee

    http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan. Kita dr segmen yg sama...

    http://mama3farhanah.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html?m=1

    ReplyDelete
  9. Salam, Cikna singgah dari segmen yg sama,....;-)

    URL : http://cikna136.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html

    ReplyDelete
  10. singgah dari segmen yang sama :)
    http://mellyareenza.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

    ReplyDelete
  11. Woooaahhh ! Blogger termuda yg akak pernah terjah ..Haiiiii dikkkk .. Kita geng dik bila tulis tak boleh stop . Hahahaha .. Tapi kannn tapi kannnn .. RM70 .. Masa kecik-2 kalau nak dah tak fikir apa dah . Bila dah mula boleh berfikir dgn baik , mesti akan teringat benda yang kita tak sepatutnya buat kan . Kira dah jadi perhiasan tu . Takda la rasa terbuang kan . Hehehehe *tengok nk komen pun panjang-2*

    http://nurulhidayahpeace.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

    ReplyDelete
  12. Tak mau dah merajuk pasni. Hehe. Good luck upsr :)

    Blogwalking dari segmen yang sama :)
    http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

    ReplyDelete
  13. huhuhu degil rupanya dia ni :)

    datang dari segmen yang sama :)

    http://myimpiannaad.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

    ReplyDelete
  14. dari segmen yang sama.. good luck dear ~ :)
    http://syahirahvaliant.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

    ReplyDelete
  15. hahahah...lawak.... tapi biasalah kan, zaman budak2... semua benda pelik dia nak nya... samelah kite... saya join jugak segmen yang sama...

    BLOG JINDRISSKA

    ReplyDelete
  16. hahaha.. kita boleh jadi geng cerpen.. dari segmen yg sama gak..


    http://miamorzafirah.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

    ReplyDelete
  17. Owh 11 tahun? Mudanya.. teringin nak balik zaman tuh T_T 4 tahun yang lalu je pun padahal.. hahaha masa tuh zaman sekolah rendah buat drama dalam tandas masa tukar baju lepas PJK..

    ReplyDelete